...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Tuesday, July 23, 2013

Blog Baru.

Penulis telah pun berpindah blog atas beberapa sebab:-

1. rebranding
2. lahirkan pemikiran baru
3. memperbetulkan mana yang terlihat kurang tepat (tidak semestinya bermaksud salah)
4. usai suku abad dan menjangkau ke suku abad yg lain memestikan diri sentiasa muhasabah. permulaan blog baru mengingatkan penulis tentang itu.
5. beberapa sebab lain yang tidak terzahir.



Penulis juga tidak menolak blog baru ini juga akan ada tempoh masanya dan mungkin juga akan bertukar ke blog yg lain jika berlaku beberapa perkara spt ini atau yg lain.

Silakan bertandang ke :- http://pemikiransukuabad.blogspot.com/ dan layarilah dengan tenang, semoga kita dpt berkongsi sebarang idea, maklumat dan pengalaman masing2 dengan lafaz Bismillah... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...