...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Monday, April 9, 2012

Kezaliman Akan Lenyap

Semakin BN lanyak rakyat, rakyat akan menjadi semakin kuat. Menjadi semakin tinggi keazamannya, bertambah kekuatannya sementara BN pula akan terus dibenci oleh penduduk langit dan bumi.


Di dalam kitab Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Omar r.a,daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda:

“Sesungguhnya kezaliman itu merupakan kegelapan di hari akhirat”




Di dalam kitab Bukhari dan Muslim juga diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari,daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah menangguhkan(azab) bagi orang yang zalim,tetapi apabila Dia menyeksanya,maka dia tidak akan melepaskannya.





Surah Al Ahzab

Ayat 39

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا

Iaitu orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut kepada-Nya, dan mereka TIDAK TAKUT KEPADA SESIAPA PUN MELAINKAN ALLAH. Dan cukuplah Allah sebagai Penghitung.

Unggun - BERSIH

Unggun - BERSIH

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!


Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

- A.Samad Said / Pak Samad

Kenyataan Us Hj Hasrizal Abd Jamil Di Wall Facebooknya


Saya sekadar memaklumkan kepada mereka yang LIKE halaman ini: Nama saya Hasrizal bin Abdul Jamil. Saya ada blog, buku, ceramah, dan artikel di majalah. Saya tidak pasti apa yang membawa sahabat datang ke 'halaman saya' ini.



Namun sebagai rakyat Malaysia, saya senaraikan komitmen-komitmen demokratik saya yang sah di sisi undang-undang Malaysia iaitu saya ahli PAS seumur hidup, mengundi Pakatan Rakyat, berdakwah kepada semua dan saya menolak apa-apa yang setakat ilmu, kemahiran dan maklumat saya, menunjukkan ia sebagai kezaliman dan kebatilan.

Saya galakkan anda juga membuat pendirian yang jelas dalam ruang lingkup dunia realiti semasa yang ada. Saya menghormati apa sahaja pilihan anda.

Facebook menyediakan butang LIKE dan UNLIKE. Untuk anda yang tidak suka, Facebook tidak menyediakan butang DISLIKE atau HATE. Izinkan saya berkongsi tip, tekan butang LIKED dan pilih UNLIKE, saya tidak akan mengganggu hidup anda lagi.

Anda mampu mengubahnya.

- Kenyataan Us Hj Hasrizal Abd Jamil di  wall profile Facebooknya..

p/s: Apa lagi ? Tolak Barisan NasionalPakatan Rakyat Ganti B-end
 

Jaga Hati, Terimalah Kebenaran.....

Memang ada org yg jenis degil tak mahu terima kebenaran walaupun bnyk hujah depan mata...

Zaman Rasulullah SAW yg bnyk terima Islam pada mulanya hanyalah para hamba dan org2 miskin... Mereka lembut hati, rendah hati, tidak sombong dan angkuh lantas mudah menerima kebenaran...

Ada penentang2 Nabi yg lmbt sedikit, akhirnya baru terima kebenaran...

Namun, ada juga yg langsung tak sempat memeluk Islam dan terus mati dlm keadaan kafir! nauzubillah...


Pengajarannya, lembutkanlah hati utk menerima kebenaran... Jgnlah sombong angkuh... Seangkuh mana pun kamu, kamu juga akan mati. Tiada org yg mahu menghormati, lagi2 dlm keadaan kamu membelakangkan kebenaran.

Realiti Anak Muda


Realiti sekarang, masih ramai anak2 muda  yg jahil.

Mereka hanya tahu buat hal sendiri, berhibur, bergaul bebas malah tidak malu bersembang lucah di facebook apatah lagi jika bersama 'pasangan haram' masing2.

Mereka ini jika telah matang sedikit, tak mustahil baru sibuk tentang hal politik tetapi menyokong gerombolan sekular disebabkan kejahilan yang tidak diubati.


Mereka spt tajuk sebuah buku : 'Golongan Yang Tercicir Dari Jalan Dakwah' perlu cuba didekati oleh para pendakwah....

Kasihan sekali melihat bagaimana para ilmuwan agama kita 'subscribers'nya hanya ratusan atau ribuan ataupun kurang dari itu tetapi sebilangan insan lain yang tertinggal dari jalan dakwah, terutamanya perempuan2 yg kononnya cantik, walaupun bukan artis, 'subscribers'nya mencecah puluhan ribu. Yg lelaki2 pula gatal bersembang lucah, mengacau anak 'dara' orang.

Bukan soal cemburu pada ramainya peminat :), tetapi menyatakan realiti tentang jumlah insan2 yang masih belum dapat melihat realiti kehidupan.


Bagaimana umat Islam mahu menjadi umat yg kuat dan berjaya jika masih ramai yg lalai dan leka???!.....


Takpe... kita cubalah sehabis baik yang kita mampu. Jaga diri dan keluarga dari maksiat dan kejahatan, baiki diri dan keluarga ke arah yang lebih baik dan cuba sedarkan rakan2 lain yang memerlukan insya-Allah.... Jangan bersandar pada kekuatan diri semata-mata sedangkan kita sangat perlu bersandar pada kekuatan dan kehebatan Allah SWT... Barulah hati kita tenang..

Comeon guys... Allah kan ada ;)

Saturday, February 25, 2012

Muslim Dilarang Belajar Bahasa Inggeris?


Para ulama tidak pernah mengatakan semua bahasa seperti Bahasa Inggeris (BI)  dilarang utk diajar kpd Muslim. BI adalah salah satu bahasa penting dlm meningkatkan pencapaian ilmu dan teknologi. Jadi ia baik utk dipelajari. Semua perkara yg baik adalah hak Mukmin. Nabi SAW sendiri bersabda: "Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang mukmin. Di mana saja dia menemukannya, dialah berhak ke atasnya".



Persoalannya, adakah perkataan dan istilah yg digunakan dlm BI termasuk fu**, wtf termasuk dlm 'hikmah'? Tidak... ia bahasa kotor yang mendatangkan fitnah kpd Muslim.



Segala benda yg baik kita boleh terima tapi kita perlu saring dulu, jgn terima bulat2. Sesiapa yg terima bulat2 tu tandanya dia kuno, jumud dan tidak yakin diri. Hanya tahu ambil dan guna sedangkan sepatutnya perlu diubahsuai agar sesuai dgn syariat dan akhlaq Islam.



Ramai pelajar kita yg belajar perkara yg bukan datangnya 100% dari sumber Islam. Belajar sosiologi, sains politik, ekonomi dan lain2, tapi tak perlulah terima bulat2. Itu semua ilmu tp ia perlu diIslamisasikan terlebih dahulu.


Jgn begitu jumud dan mengikut sahaja apa yang diberi oleh mereka yg bukan non-Muslim, malah jgn mengikut juga apa sahaja yg diberi oleh semua Muslim! Boleh jd, Muslim yang menyampaikan tersebut termasuk dalam golongan fasiq yang menyampaikan ilmu/ berita yg tidak benar.

Allah SWT berfirman: 

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.




(Al-Hujuraat 49:6)


Kerana itu, penyelidikan dan pemurnian begitu penting dalam Islam walau dari siapapun ilmu atau berita yg kita terima. Yg maksum dan layak dipercayai sepenuhnya hanya Rasulullah SAW. Itu pun pengkajian tentang baginda perlu benar selaras dengan kefahaman para ulama muktabar, bukan direka-reka atau ditafsir sendiri oleh 'aqal kita kerana kebiasaan dan keupayaan kita yang terbatas dalam mempelajari agama dari segi peruntukan masa dan sebagainya... Allahu'alam...

Tuesday, February 7, 2012

Isu Hudud: Korporat Melayu Islam Turut Anggotai Syarikat Arak.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)




Beberapa org Muslim yg berbangsa Melayu turut menganggotai Board of Directors Calsberg sedangkan perbuatan bersubahat dgn arak adalah haram berdasarkan hadith sahih. 





Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
Pendek kata, sesiapa shj yg terlbat berada dlm kondisi berbahaya. Api neraka bukan boleh dipadamkan tanpa izin Allah. 



Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." 
(Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) ”




Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”




Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.



Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371) ”




Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-
Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara. Malah banyak lagi keburukannya yang lain...






Hukuman Hudud minum arak


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
“ Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.  ”
Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :
Orang yang sudah mukallaf
Dengan kemahuan sendiri
Mengetahui haram hukum meminumnya
Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil



Mungkinkah ini sebab ramai yg tidak mahu hukuman Hudud dijalankan? Takut kena diri dan kroni sendiri..... ?




"Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.



Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.



Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.



Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ?



Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.



“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.



Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.





Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.



Wallahu’alam…

Friday, January 27, 2012

Ke Manakah Pemerintah Membawa Kita?

Dasar negara pincang, matlamat pendidikan kabur, pemuda pemudi tak tahu arah tuju, hanya memerah keringat dan wang ringgit utk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini...






Pincang tanpa matlamat jelas. Sumber2 yang ada spt media tidak mendorong ke arah pencapaian matlamat sebenar manusia dicipta di muka bumi. Pejuang2 kebenaran@Islam masih mengumpul kekuatan utk membina persekitaran yang membawa manusia kembali mengenal Tuhan dlm erti kata yang sebenarnya. Tuhan ada di mana2, semua perkara perlu bermatlamatkan DIA. Namun persekitaran di bumi Malaysia yg didakwa 'negara Islam' oleh pemerintah tidak cukup banyak membantu.






Rakyat yg tiada arah tuju atau kabur akan tujuan hidupnya akan mudah tersasar. Maksiat seakan makanan dan rutin harian. Jenayah terus berleluasa. Hukum manusia hanya dipandang acuh tak acuh. Hukum yg Pencipta bawa langsung tidak diingati. Seakan lupa bahawa adanya alam ghaib, manusia2 ini melakukan kerosakan/ jenayah apabila dianggap tiada mata yang memerhati.




Ke mana perginya kita, padukah hujah kita tatkala berdepan dgn Pencipta apabila kita lupa utk membentuk persekitaran yg seperti apa yg ada di zaman Nabi, di Madinah al-Munawwarah? Pemimpin yg tidak lena dibuai dunia, rakyat yg menurut kata Pencipta dan pemerintah selagi tdk berlawanan dgn al-Quran dan as-Sunnah (sudah tentu kerena pemerintah adlh Rasulullah).






Di Malaysia, jujur kita katakan, pemimpinnya tidak seperti yg diharapkan. Pembangunan dan pencapaian yg sering dilontarkan dari mulut hanyalah membawa makna pencapaian yg berbetuk material, pembangunan duniawi beserta segala piawaian yg mahukan kesempurnaaan di dunia. Mereka seakan lupa bahawa apa yg ada di dunia ini tidak kekal lama..






Sedangkan Akhirat itulah negeri abadi, negeri yg kukuh dan tiada hancurnya lagi. Itulah tujuan dan destinasi kita, si pengembara dari alam roh, alam janin dan kini di dunia sebelum menempuh alam kubur dan akhirnya ke sana, Akhirat!






Akhirat adlh tempat perhitungan dan penghisaban yg besar atas apa yg kita lakukan di dunia. Kegagalan memahami hakikat ini dan menhayatinya bakal membawa penyesalan.






Pemerintah seharusnya merangka program2 yg tersusun dan bersepadu utk mencapai matlamat kegemilangan Akhirat. Bukankah kita Muslim, bukankah pemerintah utama juga Muslim? Tiada alasan utk tidak merangka dan berfokus pada Akhirat kerana negara ini spt yg didakwa pemerintah adlh negara Islam atau negara umat Islam.






Jika fokusnya sudah tepat, kesungguhannya tinggi dan sentiasa dirangsang dan diperbaharui, tidak mustahil matlamat agar membina umat Islam yg bersatu padu dan 'kuat' akan terlaksana. Masalah sekarang, perancangan ke arahnya tidak punyai fokus dan jelas oleh pemerintah. Mana rancangan2 utk memartabatkan undang2 Islam dalam segenap aspek? Belum lagi ambil kira perjuangan membebaskan golongan2 yg tertindas di seluruh pelusuk dunia..










Baik, kita tinggalkan tulisan ini untuk kita berfikir sebentar dan bersama mencari jawapan serta jalan memperbaikinya.....

Friday, January 20, 2012

Monggol Seakan Air Empangan Yang Pecah

Dahulu Monggol/ Tartar menyerang seakan air empangan yg pecah. Baghdad jatuh sekelip mata.

 


 Begitu juga wilayah2 Islam yg lain. Ketakutan, kelemahan dan penyakit cinta dunia menyebabkan sebahagian wilayah Islam lain belum pun berjuang telah pun menyerah dan malang, rundingan damai yg mereka buat dikhianati tentera Monggol. 1.8 juta jiwa Muslim terbunuh!


Namun tentera2 yg katanya sgt kuat, zalim dan tidak dapat dikalahkan ini akhirnya kalah juga di tangan tentera Islam. Di bawah pimpinan Saifuddin Qutuz, Islam kembali di tempat asalnya. Teratas.


Sebagaimana tidak mustahil tentera Moggol tersungkur jatuh, panjinya tumbang dan gendang perangnya membisu, begitu juga tidaklah mustahil utk Allah memenangkan agama ini terhadap musuh2 dari US, atau Israel.


 "Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."
(al-Hajj : 40-41)

Sunday, January 15, 2012

Halang Perkahwinan SYAITAN Ketawa

Kasihan melihat seorang rakan yg mahu bernikah secara halal tp emaknya mahu perkahwinan secara besar-besaran sedangkan tiada wang yg mencukupi., Ini fenomena biasa yg sebenarnya sgt disukai SYAITAN.

Pernikahan adalah fitrah manusia normal. Jgn halang perkahwinan yg mahu didirikan secara halal. Jgn sampai anak mencari dgn jalan haram. Mereka yg halang org mencari yg halal hanyalah Syaitan atau org jahil yg tidak tahu bhw syaitan sedang ketawa menyaksikan dia berjaya dihasuti.


 Buat shj secara sederhana, sekadar yg termampu. Salah jika kita hanya memikirkan pandangan masyarakat sedangkan fitrah anak terhalang.



Tahukah berapa mahar Sayyidina Ali ketika menikah dgn Sayyidina Fatimah az-zahrah? Hanya duit sedikit shj setelah menjual baju besi yg buruk. Beliau tidak punyai apa2, namun apa yg ada itulah dimanfaatkan sebaik mungkin.


Kalau gaji rm50, jgn belanja mcm gaji RM5000. Yg utama, adalah menghalang yg haram. Kenapa mengutamakan kata atau cercaan orang yg jahil? Org yg jahil akan terus mencerca. Hatta Nabi pesuruh Allah SWT pun selalu dicerca.. oleh siapa lg kalau bukan org2 jahil...


 Gaji ada, namun tak banyak mana.. tp kalau cukup utk menyara hidup, maka pada sy itu sudah dikira mampu utk bernikah. tak perlu hantaran sampai beribu2 jika tak mampu... Nak buat pinjaman bank pun boleh, tapi kena sedar itu akan merugikan..


Buat shj sekadar yg mampu. Jgn peduli sgt kata oarang ASALKAN KITA DI JALAN YG BENAR dan tak buat benda haram.



 Tips Mencari Calon Isteri. 



Carilah wanita yang mudah maharnya dan mudah urusan menikahinya. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Di antara wanita yang membahagiakan adalah yang mudah urusan melamarnya, mudah maskahwinnya, dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).”
 [Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482]






Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” [Hadith Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...