...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Friday, December 2, 2011

Dapatkan BIG PICTURE tentang ISLAM

http://saifulislam.com/?p=10582 Dalam Vlog kali ini (link di atas) bersumber web peribadi beliau, Ustaz Hasrizal berpesan agar dapatkan ilmu dari kedua2 cara secara online (digital, teknologi) atau secara offline (ceramah, kuliah secara langsung) agar ia saling melengkapi. Kedua2nya ada kelebihan tersendiri dan penting untuk kita dapat BIG PICTURE TENTANG ISLAM.




Menyatakan tentang BIG PICTURE ini saya merasakan Syeikh Dr. Yusof Qardawi adalah salah seorang ulama yang tulisannya mudah ditemui di Malaysia dan ia sangat bermanfaat kerana membawa manusia kenal apa itu Islam secara BIG PICTURE.


 Antara buku yang baik untuk dapatkan BIG Picture ini adalah "Fiqh al-Awlawiyat"(Fiqh Keutamaan) dan "Ciri2 Masyarakat Islam yg Kita Idam2kan". Kedua2 buku tersebut tidak mengecewakan saya. Namun jangan lupa utk luaskan bacaan dan pembelajaran melebihi kedua- dua kitab ini. Jangan kecilkan skop ilmu kpd seorang ilmuwan dan beberapa kitab sahaja. Bersama kita menambah ilmu, iman dan amal insya-Allah ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...