...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Thursday, July 14, 2011

Kasi Tukar! :)

Baru perasan bahawa Premier Value Saver (PVS) Maybank adlh di bwh sistem konvensional.

Dalam keadaan yg sibuk sebulan dua lepas, sy tak perasan rupanya Etiqa terbahagi dua, Etiqa Takaful dan Insurans.

PVS adlh di bawah Etiqa Insurans, bukannya Etiqa Takaful..

Apabila disebut INSURAN, maka operasinya adalah berlandaskan SISTEM KONVENSIONAL!


Jadi, sy batalkan ia sebentar tadi. Alhamdulillah...

Giro juga telah ditukar kpd Giro-i.



Kini kesemua lima bank yg sy gunakan sudah ditukar kpd perbankan Islam.


MARI... KITA GUNAKAN PERBANKAN ISLAM. Elakkan riba', elakkan perbankan konvensional.


Naikkan perbankan Islam agar mereka teguh dan dapat bersaing dgn sistem konvensional.



Islam galak kita usaha. Usahakan agar akaun kita BERSIH dari sistem yg tidak baik. Usahakan agar keluarga dan rakan keluar dari sistem perbankan konvensional.


Dinar emas sbg muamalat? Boleh cerita lain kali... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...