...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Wednesday, January 26, 2011

Taqwa & Tawakal : Kunci Kemenangan


Di posisi mana dalam medan perjuangan.? Itu bukan persoalan.


Sama ada kita tentera biasa, kesatria ulung atau khalifah teragung, semua itu menuntut kesungguhan yang jitu dan luar biasa.


Seandainya kapal laut pun mampu dilayarkan di daratan, bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi jika Allah bersama kita... Segalanya mungkin.


Sejarah kemusnahan tentera syaitan akan terpapar di segenap penjuru dunia menjadi kenangan yang manis dan & mengasyikkan bagi pejuang2 Islam...


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:-

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ 13


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kami lah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

(as-Saf: 13-14)


Lakukanlah apa yang termampu dari posisi mana sekalipun kita berada. Guru sebagai guru yang menyebarkan Islam, ahli politik sebagai pendebat dan pendesak agar Undang2 Islam yang adil dilaksanakan. Ahli ekonomi sebagai ahli ekonomi yang menjauhkan umat dari riba dan penindasan.


Kuncinya, berusaha dengan ketaqwaan yang tinggi kemudian bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..



"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".
(ath-Thalaq: 2-3)



Semoga Allah membantu kita, insyaAllah...

Saturday, January 1, 2011

Pehimpunan, Kesatuan


Media terutama televisyan menjadikan artis2 sebagai idola kanak. Kanak2 perempuan kemudiannya membesar menjadi gedik dan merosakkan keseimbangan hormon remaja lelaki lantas mewujudkan belia yang lemah imannya, menerawang fikirannya dan kabur hala tuju hidupnya.


Penyelesaian masalah ini pasti ada di dalam al-Quran & as-Sunnah yang difahami dan diolah kembali ke dalam karya terbaru Us Syaari Ab Rahman, magnum opus Syed Naquib al-Attas atau tulisan2 Us Pahrol Mohamad Juoi & Us Hasrizal Abd Jamil.


Kepakaran setiap Muslim harus digabung & disepadukan di bawah satu pentadbiran agar langkah yang terancang dan terperinci dapat diambil. Ini boleh dilakukan bersama jentera PAS yg diketuai Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pastinya bersedia mendaulatkan Islam dengan apa jua cara.


Diharap kesemua mereka yang merindui kebangkitan Islam seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia , PKPIM dan lain2 mengambil inisiatif berbincang bersama PAS dan individu2 yang mampu memberi pencerahan kepada umat agar permasalahan yang semakin menggigit akan dapat diselesai secara total.


Mungkin perhimpunan terdekat yang boleh diambil contoh ialah perhimpunan oleh Theodore Herzl yang begitu berkesan dan bersungguh walaupun mereka di jalan yang batil.


Sesungguhnya kebatilan yang dirancang dengan teliti akan melenyapkan kebenaran yang dirancang secara sambil lewa. Pilihanraya semakin menghampiri, seharusnya kesemua Muslim menyedari mereka harus bersama mendukung perjuangan PAS. Beradalah dalam suatu barisan, beradalah dalam suatu PAKATAN. Pakatan Rakyat.


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh".

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
(as-Saff: 4)


Ustaz Nasrudin Hassan , Us Wan Ji Wan Hussin seharusnya terus mengepalai belia2 yang mahukan kebenaran tertegak bermula di Malaysia dan merebak ke seluruh dunia. Kami insyaAllah akan sedia membantu.






Akan wujudkan suatu perhimpunan yang akan mencoret sejarah kegemilangan Islam dengan tinta emas di bumi Malaysia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...