...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Wednesday, September 15, 2010

Mengapa Sibuk Mempromosi PAS?


Mungkin ada yang tidak senang dengan saya kerana asyik mempromosi PAS (selain mempromosi emas..hehe).

Mereka ini juga terdiri daripada golongan yang menzahirkan bahawa Islam adalah penyelesaian. Cuma kaedah untuk membaiki umat dianggap berbeza oleh mereka.

Untuk itu, saya menegaskan bahawa saya ada sebab tersendiri menggunakan PAS sebagai medium.

Semuanya Bermula dari Hati, 'Aqidah Dan Kepercayaan


Saya yakin semuanya bermula dari hati kerana itu yang disabdakan Nabi.

Hadith Rasulullah SAW-

"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah jasadnya. Ketahuilah itu adalah hati." (riwayat al- Bukhari dan Muslim)


Justeru, ia tentunya berkait rapat dengan 'aqidah dan kepercayaan seseorang yang terletak di hati. Jadi mengapa saya mempromosi PAS? Jawapannya kerana umara' perlu terdiri dari orang yang benar-benar mahu agama didaulatkan.

PAS Mampu Mengajar Islam Yang Sebenar

Selain MAHU, sebaiknya mereka juga MAMPU MEYAKINKAN rakyat tentang kebenaran & kehebatan Islam. Ini saya lihat ada pada PAS, dan tidak pada UMNO. Inilah salah satu sebab utama saya menggunakan PAS sebegai medium menegakkan Islam.

Percayalah, jika PAS berjaya memerintah Malaysia saya tak untung sesen pun kecuali apa yg telah ditetapkan oleh Allah SWT...

Dalam pada itu, saya juga cuba mengambil inisiatif sendiri dalam menegakkan Islam tanpa berharap pada PAS. Tidak semestinya apabila saya mempromosi PAS, saya tidak melakukan perkara lain seperti meyakinkan manusia akan keesaan Allah SWT, mengajak / mengajar bersolat, mengajar menutup aurat dan sebagainya.

Lakukanlah apa yang termampu dengan ikhlas.. Allah SWTlah penilai kita yang sebenar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...