...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Thursday, August 12, 2010

Ikut Islam, Kita Selamat.. Kerana Islamlah Agama Yang Sebenar.


Petikan Berita

Sangkakan bangkai babi hutan, rupa-rupanya mayat gadis


SUNGAI PETANI 11 Ogos - Seorang penoreh getah di sebuah ladang dekat Taman Kelisa Ria, di sini, terkejut apabila mendapati bangkai disangka babi hutan yang ditemuinya, rupa-rupanya adalah mayat seorang gadis disyaki dirogol dan dibunuh secara kejam.

S. Shanmugam, 50, berkata, dia yang menemui 'bangkai' itu kira-kira pukul 10 pagi pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia babi hutan.

Katanya, namun dia mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku apabila melihat dawai dan cawan yang digunakan untuk menadah susu getah di kawasan berhampiran hilang dari pokok.

Dia juga menjadi lebih hairan apabila melihat terdapat kesan semak-samun yang diratakan, selain seretan sesuatu objek beberapa meter dari pokok berkenaan.

"Semasa saya menghabiskan torehan getah pada baris akhir di hujung ladang, saya mendapati dawai dan cawan yang digunakan untuk tadah susu (getah) hilang.

"Saya cuba mencari sehingga jumpa 'bangkai' itu. Mula-mula ingatkan babi hutan sengaja rosakkan cawan dan (kemudian) mungkin mati selepas termakan getah.

"Sebaik sahaja mendekatinya, saya nampak jari manusia dan terkejut apabila sebenarnya ia mayat gadis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, polis tiba di lokasi sejurus menerima laporan daripada majikan Shanmugam.

Katanya, mangsa yang berusia awal 20-an ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala, selain tangan kiri diikat dengan dawai.

Beliau berkata, mangsa juga mungkin dibunuh 24 jam lalu di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan tersebut.

"Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut.

"Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan separuh bogel dengan seluar dalamnya dilondehkan ke paras lutut.

"Berdasarkan penelitian awal, mangsa adalah warga tempatan berdasarkan kesan parut suntikan pelalian BCG," ujar beliau.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa bersusuk tubuh kecil serta mempunyai kulit sawo matang.

"Kita juga percaya mangsa mungkin berketurunan Melayu atau Siam," katanya lagi sambil memberitahu, polis tidak menemui senjata di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," jelasnya.

Hashim meminta ibu bapa yang kehilangan anak gadis mereka supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Asisten Supritendan Teh Boon Keong di talian 012-3284837 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------ULASAN...................................................................

Apa nak dikata lagi apabila kes sebegini semakin banyak terjadi?



Inilah akibat kita tidak mematuhi manual kehidupan yang ditetapkan Tuhan. Manual tersebut iaitu al-Quran dan as-Sunnah/ Hadith diambil sebahagian sambil dibuang sebahagian yang lain di banyak negara termasuk Malaysia, seolah-olah isi air kereta tapi taknak isi minyak enjin! Suruh orang amalkan jimat-cermat (ajaran Islam) sedangkan dia naik jet peribadi entah ke mana pergi!

Kalau ajaran Islam diikuti sepenuhnya sepertimana yang diajar Rasulullah SAW, dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana saya jamin pelbagai masalah sebegini dan pelbagai masalah lain dapat dibanteras dengan jayanya.

Bukan hanya sekadar perlaksanaan undang2 Hudud, Qisas, Takzir sahaja yang dikatakan sebagai panduan dalam Islam, malah panduan2 lain seperti menutup aurat, tidak bergaul bebas, wanita perlu ditemani mahram ketika keluar rumah, tidak menaikkan syahwat lawan jenis, berbuat baik dengan orang lain secara berpada-pada, perlu diamalkan.

Pada sisi lelaki, mereka perlu menundukkan pandangan dari melihat yang haram, menjaga kemaluan, melaksanakan amanah sebagai pemimpin kepada wanita dan bukan penjahanam.

Masyarakat pula ada peranan tersendiri. Sentiasa jalankan amar ma'ruf nahi munkar, ambil berat perkara2 yang memang patut diambil berat, didik masyarakat dan menegur pemerintah jika ada kesalahan.

Di pihak pemerintah pula, Islam menyuruh agar mereka bertindak adil dan saksama serta ikhlas menjalankan segala suruhan Islam dan meninggalkan segala larangannya. Unsur2 yang tidak baik seperti pornografi harus ditegah daripada masuk ke ruang kawalan negara.

Inilah Islam yang syumul.

Ajarannya adalah ajaran yang menyelamatkan bukan ajaran yang membebankan.

Malangnya, hingga kini masih ada yang sangsi dengan ajaran Islam sehingga terjadi kes2 yang sebegini teruk.

Bayangkan seandainya isteri, adik atau anak perempuan kita yang diperlakukan sebegini?? Nauzubillah...

Justeru, kita sebagai Mukmin perlu menyebarkan ideologi murni yang datang dari Ilahi ini.. untuk kebaikan semua manusia juga.

Islamlah agama yang benar, yang lain adalah palsu belaka dan mereka yang tidak menerima islam dengan ikhlas akan dihumban ke dalam neraka.

Ikut Islam kita selamat dunia Akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...