...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Thursday, June 3, 2010

Mahu Berubah Wajah..


Telah begitu lama tidak menulis di blog..

Idea ada tapi tidak tersusun..

Momentum menulis hilang...

Faktor utamanya kerana sibuk mengurus dan menyesuaikan diri setelah berkeluarga sendiri! :)



Selepas ini, mahu mengubah wajah blog.

Mahu menulis apa sahaja yang terlintas di kepala walaupun tidak tersusun, seringkas atau sepanjang mana...

Nah, inilah dia 'artikel' yang pertama setelah sekian lama!

Tidak, ini bukan artikel.

Ni luahan perasaan, contengan dan segala macam 'an-an'...

Hanya untuk bacaan diri dan isteri. Dan sesiapa yang mahu mencari-cari idea di sebalik segala coretan ini. (kalau adalah! hahaha~ )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...