...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Wednesday, April 7, 2010

Tentang Dia


Semalam aku bermimpi tentang dia,

Seperti ia kekal tanpa hilang,

Pemuda syurga dengan akhlaq yang istimewa,

Semuanya hanya seperti semalam, tidak jauh dari ingatan.


Semua manusia terkejut dengan kehadirannya,

Semua makhluk tunduk memberi penghormatan padanya,

Di sinilah aku berada, di hadapannya.


Dan apabila seruan kedengaran,

Panji dijulang,

Gerincing pedang mendengungkan telinga,

Kilatnya perisai menyilaukan mata.

Inilah al-Mahdi dan tenteranya!


Aku jatuh cinta pada jalan ini,

Angin berarak, gunung kembali tegak.

Dan dia memanggilku , lantas berkata:

"Panji ini kuserahkan kepadamu wahai saudaraku".

Aku berharap hari ini tidak akan berakhir.


Aku pun berada di "barisan hadapan",

Yang merancang pergerakan,

Tatkala kalimah Tauhid dideraskan,

Kalian akan melihat pedang-pedang musuh Allah menjadi patah berserakan.


Aku sempat melihat,

Wajah yang indah dan penuh karisma itu,

Begitu menyintai Allah & RasulNya,

Dan dia pula dicintai oleh Allah & RasulNya.


Mendungnya awan tatkala perang gencar,

Kini menghilang.

Nur Islam kembali memancar,

Gerhana pun pulang.



(hanya imaginasi penulis semata-mata)

Monday, April 5, 2010

Isu Pembuangan Bayi Dan Penyelesaiannya




Mengenai isu pendidikan seks yang dicadangkan menteri-menteri UMNO, jika motifnya adalah semata-mata untuk menghalang pembuangan bayi dengan seks yang selamat, maka itu penyelesaian yang dangkal sekali.


Apa yang perlu dilakukan ialah membanteras zina dan perbuatan-perbuatan yang mendekati zina.


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat."
(17:32)



Tindakan yang menghampiri zina bukan hanya seperti dalam gambar iaitu berdua-duaan sahaja, malah lebih awal dari itu.


Sepatutnya apa yang perlu dilakukan adalah menghalang pembukaan aurat, pelunakan suara wanita, saling berpandangan antara bukan mahram, pergaulan bebas dan berdua-duaan yang membawa kepada zina dan seterusnya pembuangan bayi.


Allah SWT mengingatkan tentang perlunya menjaga pandangan dan menutup aurat sebagai langkah awal mencegah perzinaan:-


"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(an-Nur:30-31)



Selain itu, ilmu agama perlu diterap dengan lebih kukuh dalam setiap subjek bukan sahaja dalam pendidikan agama Islam tetapi semua subjek-sujek lain namun dgn cara yang berhikmah agar non-Muslim sendiri tidak terasa dipinggirkan sebaliknya mereka semakin menyedari kebenaran Islam.


Tindakan sentiasa mengajar dan memberi nasihat agama akan menampakkan betapa pentingnya agama kepada para pelajar. Wallahu'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...