...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Sunday, February 21, 2010

Ilmu Firasat


Apabila Dajjal datang, Mukmin akan "melihat 'kafir' antara dua mata Dajjal". Mengapa yang bukan mukmin tidak dapat melihatnya? Tahukah kita akan jawapannya? Adakah kerana orang-orang kafir kesemuanya buta?


Syeikh Imran Hoessin mengatakan bahawa ia adalah perlambangan kepada sikap Dajjal. Namun tidak pula ditolak kemungkinan ia adalah sifat fizikal Dajjal itu sendiri...


Mengapa si Mukmin boleh melihat sedangkan kafir tidak? Ini kerana Mukmin bukan sekadar melihat dari mata fizikal, tetapi juga dari mata hati. Mukmin mempunyai firasat, dan kadarnya berbeza-beza.


Dalam hal Dajjal yang sangat jahat, semua Mukmin boleh mengenali bahawa dia bukanlah "Nabi penyelamat yang ditunggu" sebaliknya dengan sikapnya yang bongkak dan melanggar syariat Allah, Mukmin mengetahui dia adalah sejahat-jahat makhluk yang tidak patut diikuti.


Sabda Nabi:

اتَّقُوا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِنِ ، فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُورِ اللَّهِ عَزَّ وَجَل

Maksudnya: Berjaga-jagalah daripada firasat orang beriman. Sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya Allah Taala.


Ilmu Firasat Dimiliki Orang Alim Yang Bertaqwa

llmu firasat yang benar-benar tepat tidak dimiliki oleh sembarangan orang. Ia dimiliki oleh orang yang tergolong dalam Muttaqin (orang-orang yang bertaqwa) yang faqih yakni yang memiliki ilmu & kefahaman yang mendalam dalam hal agama sekaligus hakikat kehidupan kerana agama adalah cara atau pengatur kehidupan..


Kerana itu Yahudi & Nasrani tidak termasuk dalam hal ini kerana Nasrani sesat kerana ketiadaan ilmu walaupun ada kemahuan dan Yahudi dimurkai kerana mempunyai ilmu tetapi tidak punya kemahuan, tidak punya ketaqwaan. Bagi Mukmin, ilmu akan seiring menambah taqwa.

Firasat Uthman bin Afan Radiyallahuanhu

Khalifah Uthman bin Affan ra, ketika seseorang datang menemuinya , beliau mengatakan: "Salah satu dari kalian menemuiku, sedang perbuatan zina nampak pada matanya" Mendengar perkataan tersebut, spontan sahaja yang hadir di situ mengatakan: "Apakah pernyataan tuan tersebut, merupakan wahyu dari ALLAH?". Khalifah Uthman menjawab: "Bukan, akan tetapi itu adalah firasat yang benar".


Juga, sebelum beliau meninggal dunia kerana terbunuh, beliau merasakan bahawa ajalnya telah dekat dan dia akan mati terbunuh, maka beliau mengambil sikap untuk tidak mengadakan pertarungan ketika segerombalan orang masuk ke rumahnya, serta menolak bantuan yang ditawarkan oleh beberapa pengawal dan sahabatnya. Beliau ingin menghindari pertumpahan darah antara kaum muslimin, kerana mengetahui pada akhirnya beliau jugalah yang akan menjadi korban.



Firasat Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Teringatkah kalian dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor? Beliau pernah berkata bahawa Tun Mahathir akan melihat sendiri kerosakan UMNO hasil tangannya sendiri. Maka lihatlah, ALLAH masih mengurniakan umur yang panjang kepada Tun Mahathir. Beliau sekarang melihat sendiri betapa rosaknya UMNO sehingga Tun sendiri mengatakan "UMNO busuk sehingga ke usus".


Justeru, tolaklah UMNO, orang yang berilmu mengetahui akan kebatilan yang dibawa UMNO. Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...