...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Sunday, February 21, 2010

Ilmu Firasat


Apabila Dajjal datang, Mukmin akan "melihat 'kafir' antara dua mata Dajjal". Mengapa yang bukan mukmin tidak dapat melihatnya? Tahukah kita akan jawapannya? Adakah kerana orang-orang kafir kesemuanya buta?


Syeikh Imran Hoessin mengatakan bahawa ia adalah perlambangan kepada sikap Dajjal. Namun tidak pula ditolak kemungkinan ia adalah sifat fizikal Dajjal itu sendiri...


Mengapa si Mukmin boleh melihat sedangkan kafir tidak? Ini kerana Mukmin bukan sekadar melihat dari mata fizikal, tetapi juga dari mata hati. Mukmin mempunyai firasat, dan kadarnya berbeza-beza.


Dalam hal Dajjal yang sangat jahat, semua Mukmin boleh mengenali bahawa dia bukanlah "Nabi penyelamat yang ditunggu" sebaliknya dengan sikapnya yang bongkak dan melanggar syariat Allah, Mukmin mengetahui dia adalah sejahat-jahat makhluk yang tidak patut diikuti.


Sabda Nabi:

اتَّقُوا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِنِ ، فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُورِ اللَّهِ عَزَّ وَجَل

Maksudnya: Berjaga-jagalah daripada firasat orang beriman. Sesungguhnya mereka melihat dengan cahaya Allah Taala.


Ilmu Firasat Dimiliki Orang Alim Yang Bertaqwa

llmu firasat yang benar-benar tepat tidak dimiliki oleh sembarangan orang. Ia dimiliki oleh orang yang tergolong dalam Muttaqin (orang-orang yang bertaqwa) yang faqih yakni yang memiliki ilmu & kefahaman yang mendalam dalam hal agama sekaligus hakikat kehidupan kerana agama adalah cara atau pengatur kehidupan..


Kerana itu Yahudi & Nasrani tidak termasuk dalam hal ini kerana Nasrani sesat kerana ketiadaan ilmu walaupun ada kemahuan dan Yahudi dimurkai kerana mempunyai ilmu tetapi tidak punya kemahuan, tidak punya ketaqwaan. Bagi Mukmin, ilmu akan seiring menambah taqwa.

Firasat Uthman bin Afan Radiyallahuanhu

Khalifah Uthman bin Affan ra, ketika seseorang datang menemuinya , beliau mengatakan: "Salah satu dari kalian menemuiku, sedang perbuatan zina nampak pada matanya" Mendengar perkataan tersebut, spontan sahaja yang hadir di situ mengatakan: "Apakah pernyataan tuan tersebut, merupakan wahyu dari ALLAH?". Khalifah Uthman menjawab: "Bukan, akan tetapi itu adalah firasat yang benar".


Juga, sebelum beliau meninggal dunia kerana terbunuh, beliau merasakan bahawa ajalnya telah dekat dan dia akan mati terbunuh, maka beliau mengambil sikap untuk tidak mengadakan pertarungan ketika segerombalan orang masuk ke rumahnya, serta menolak bantuan yang ditawarkan oleh beberapa pengawal dan sahabatnya. Beliau ingin menghindari pertumpahan darah antara kaum muslimin, kerana mengetahui pada akhirnya beliau jugalah yang akan menjadi korban.



Firasat Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Teringatkah kalian dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor? Beliau pernah berkata bahawa Tun Mahathir akan melihat sendiri kerosakan UMNO hasil tangannya sendiri. Maka lihatlah, ALLAH masih mengurniakan umur yang panjang kepada Tun Mahathir. Beliau sekarang melihat sendiri betapa rosaknya UMNO sehingga Tun sendiri mengatakan "UMNO busuk sehingga ke usus".


Justeru, tolaklah UMNO, orang yang berilmu mengetahui akan kebatilan yang dibawa UMNO. Wallahu'alam...

Friday, February 19, 2010

Politik Tidak Kotor


Definisi Politik Dari Kacamata Barat

Sebenarnya takrif politik di sisi Barat saling berbeza berdasarkan haluan dan sudut pandang masing – masing. Politik di sisi golongan liberal tidak sama dengan lawannya. Politik di sisi kapitalis yang menjulang hak individu tak sama dengan golongan sosialis yang menumpu kepada hak – hak masyarakat. Begitulah perbezaan yang dilihat di kalangan golongan komunis, ekonomi bebas dan selainnya.

Apa Yang Diajar Di Malaysia?


Lihatlah apa yg diajar berkaitan politik...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

"Sekurang-kurangnya ada dua konsep sains politik yang saya minta mereka dan semua pelajar memahami dan menghafal, iaitu istilah 'politik' itu sendiri dan ungkapan 'pengartikulasian kepentingan politik.' (political interest articulation). Dengan merujuk kepada Aristotle dari zaman purba dan Profesor Harold Lasswell, mantan mahaguru sains politik dari Universiti Columbia yang pernah digelar sebagai the doyen of American political science, istilah 'politik' telah kami takrifkan sebagai 'kegiatan mempertahankan milik yang sedia ada dan mengejar (merebut) matlamat yang hendak dicapai.' Biasanya takrif itu akan saya tambah dengan ayat retorika atau ungkapan berkias: "yang digendong jangan tercicir, yang dikejar pastikan dapat."

Takrif 'politik' itu dihuraikan secara lebih sistematik dan menyeluruh dengan memanfaatkan konsep-konsep ilmu sosial yang lain termasuk gagasan Abraham Maslow tentang 'tujuh peringkat keperluan hidup manusia' dan pendapat Lasswell tentang 'nilai-nilai yang dikejar manusia dalam hidupnya.' Menurut Lasswell, nilai-nilai itu ada lapan iaitu kekuasaan, pendidikan atau pengetahuan (enlightenment), kekayaan, kesihatan dan kesejahteraan, kemahiran, kasih sayang, penghormatan, keadilan dan nilai-nilai keagamaan.

Tujuh keperluan (mengikut senarai Maslow) dan lapan nilai (senarai Lasswell) itulah yang ingin 'dipertahankan' dan 'dikejar' atau 'diperjuangkan' oleh manusia dalam kegiatan-kegiatan politik mereka. Seterusnya jika senarai Maslow dan Lasswell itu hendak dirumus mengikut kategori (atau pembahagian), maka bolehlah disimpulkan bahawa ada tiga perkara utama yang ingin 'dipertahankan' dan 'diperjuangkan' oleh manusia dalam hidupnya, baik sebagai seorang individu atau sebagai satu kumpulan. Pertama, kekayaan sumber dan kekuasaan ekonomi. Kedua, kekuasaan politik dan kedudukan strategik. Ketiga, keperkasaan (dominasi) nilai dan kebudayaan. Itulah tiga perkara utama iaitu politik, ekonomi dan kebudayaan yang kita kendong, dan itulah yang kita kejar dalam konteks kehidupan kita bernegara dan bermasyarakat".


Dalam artikel di atas, sudut pandang Islam tidak disebut langsung, yang dipandang hanya Barat sedangkan teori-teori Maslow boleh diganggu-gugat dengan mudah. Ini adalah gambaran keseluruhan tentang subjek sains politik yang diajar di Malaysia. Persepktif Islam boleh dikatakan hanya 10% berbanding teori-teori Barat yang lain. Sebaiknya buatlah pertimbangan dengan adil. Kalau ada rujukan tentang perspektif Islam yang lengkap dan muktabar, bolehlah kita menilai keduanya dan menetukan mana yg lebih baik untuk diikuti.


Malah dengannya, kita dapat memahami serba-sedikit tentang mengapa IkhwanulMuslimin yang telah pun diharamkan, PAS, AKP, Jemaat eIslami, HAMAS dan lain-lain menyertai politik ala demokrasi masa kini. Ia demi menegakkan agama Allah. Justeru, ia perlu didukung bukannya ditentang.

Penyebab Tidak Ada Kesefahaman

Yang banyak belajar politik mengikut sudut pandang Barat tanpa jelas akan sudut pandang Islam adalah UMNO, patut pun mereka bertindak sedemikian, sering mengatakan bahawa PAS mengikut hawa nafsu dan bertindak tidak adil. Mungkinkah itu menyatakan apa yang ada di hati mereka sendiri? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...



Definisi Politik Dari Kacamata Islam


Politik atau Siyasah dari makna ‘am adalah mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen (ISLAM). Dengan ini kita dapati ulama mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir dunia dengan berpaksikan Agama”

Makna khas pula bermaksud tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan.

Jika mengikut kacamata atau perspektif Barat, Agama yg disebut adalah hanya pada 'nilai' dan ia diletak di belakang.


Jadi politik tidak kotor. Masakan PAS mahu bergelumang dengan kekotoran. PAS bukan macam UMNO...

Thursday, February 11, 2010

Sunnah Berjuang



Kebosanan ini
Kedunguan ini
Mengangguku
Ada perkara yang berlegar
Di minda sedar dan separuh sedar


Aku bukanlah mahu dikenali
Jauh sekali untuk disanjungi
Namun kemahuan manusia itu sesuatu yang kadangkala begitu sukar dijangka


Aku berlegar
Mencari arah
Mencari tujuan
Mencari panduan


Puas mencari erti hidup
Kata orang erti hidup pada memberi
Erti hidup pada berbakti
Namun jelas bukan semua tahu mengenang budi


Ajakan ke arah kebaikan dipandang sepi
Seruan kepada kebenaran dikatakan tidak mengerti privasi


Apakah penghujungnya semua ini??


Penghujungnya syurga, puncaknya keredhaan Allah..
Begitu kata hukama’
Itulah yang kukejar
Itulah yang kudambakan


Namun syurga bukan murah harganya,
Kerna itu perjuangan ini begitu melelahkan..


Terima kasih junjungan besar Rasulullah..
Terima kasih Hamzah Asadullah..
Terima kasih sekalian kekasih-kekasih Allah...


Aku mengerti kalian memerhati,
Walaupun kalian dipandang mati pada mata yang tidak mengerti.

Wednesday, February 10, 2010

Solat Sebagai Meditasi Pencetus Ketenangan


Solat Mencetus Ketenangan

Sejarah membuktikan bahawa perjuangan menegakkan ajaran-ajaran Islam beroleh tentangan yang sangat hebat. Model pejuang yang berjaya ialah Rasulullah. Baginda mempunyai ketabahan dan ketenangan yang sangat tinggi. Apa rahsianya? Meditasi. Ya, meditasi melalui solat. Kekusyukan pada Allah di dalam solat dibawa sehingga ke luar solat!


Perjuangan tanpa ketabahan dan ketenangan menimbulkan huru-hara dan pertimbangan yang tidak rasional. Kesannya, tentera / pejuang Muslim kadangkala bertindak di luar batasan sehingga mencaci-maki. Ini membawa suatu imej yang buruk kepada perjuangan.


Pejuang-pejuang Islam ramai yang dibunuh, isteri dan anak diperkosa, harta dirampas, dan maruah diceroboh oleh orang-orang bodoh. Bagaimana mahu menghadapinya tanpa keimanan dan ketaqwaan yang teguh?


Mahu tidak mahu solat dan segala ajaran Islam perlu dilaksana sebagai suatu perkara yang dipandang sebagai SANGAT PENTING. Kesan solat bukannya pada 3-4 minit masa bersolat, bukannya pada penatnya bersolat tetapi pada keseluruhan masa manusia sedar, pada melaksanakan amalan seharian.

Perlukan Pemahaman & Penghayatan Kepada Setiap Maksud Solat

Ringkasnya, perlakuan solat yang dilakukan secara fizikal beserta penghayatan hati itu membawa kita kepada sifat Ihsan, sifat yang membuahkan akhlaq mulia sekaligus mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Bukankah perlakuan sabar, tenang dan tabah itu suatu akhlaq yang mulia?


Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah:-


"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu al-Kitab (al-Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(al-'Ankabut : 45)



Saya bawakan kepada anda tulisan seorang sahabat:-


"Dalam usaha kita nak mencapai kejayaan, kita kena banyak belajar tentang minda separa sedar dan mengkaji bagaimana minda separa sedar berfungsi. Kita kena mengkaji cemana nak mengawal aliran kuasa minda, bukan kita yang dikawal oleh aliran tenaga minda separa sedar kita sendiri.


Minda separa sedar sensitif pada emosi. Sebab itulah untuk membuat minda separa sedar menarik apa yang kita mahukan, kita kena menjaga emosi. Kena sentiasa beremosi baik sepanjang masa, tiap saat, tiap ketika. Orang-orang berjaya bijak megawal emosi sebab itulah jika Anda perhatikan mereka, air muka mereka tenang saja.


Anda boleh berlatih mengawal emosi melalui meditasi. Pakar minda separa sedar sepakat mengatakan Anda memerlukan paling kurang 5-7 minit sehari bermeditasi supaya Anda dapat mengawal emosi lantas dapat mengawal perkara-perkara yang selalu bersimpang-siur di fikiran Anda.


Meditasi adalah mendiamkan diri, menenangkan diri, relaks dan mengawal kadar pernafasan untuk beberapa minit. Untuk menenangkan diri, Anda kena kosongkan fikiran, iaitu melupakan hal-hal lain. Kita bermeditasi supaya kita dapat merasai ketenangan. Ni semua kita dapat rasa ketika menyempurnakan sembahyang fardhu.


Kita disarankan khusyuk dalam sembahyang, tenang dan jangan biarkan fikiran melayang. Itu samalah ngan meditasi, yang bestnya kita wajib buat 5 kali sehari. Selain meditasi biasa, Anda boleh jadikan sembahyang sebagai meditasi.


Untuk membuat meditasi Anda meditasi cemerlang, tenangkan diri setenang yang mungkin. Kemudian, selepas selesai sembahyang, berusahalah untuk mengekalkan rasa ketenangan tu sehingga ke waktu sembahyang yang seterusnya".


Semoga solat yang dilakukan meraih kehendak & keredhaan Allah SWT..

Demokrasi Tidak Sepatutnya Dijunjung


Sebenarnya demokrasi tidak sesuai diamalkan. Ia masih tidak menepati cara pemilihan pemimpin yang dianjurkan Islam. Bukan semua rakyat bijak dan berkelayakan untuk memilih pemimpin. Sebab itulah, di akhir zaman, yang banyak bersuara dan didengari kerana mereka berkuasa adalah 'Luka'. Ini kerana rakyat tersalah menilai dan memilih pemimpin.

Kesan Demokrasi

Antara tanda akhir zaman adalah orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.


"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua (2) orang mulia"
-Riwayat Thabrani


Demokrasi hanyalah alternatif terbaik berbanding yang lain.




Wahai pejunjung demokrasi, anda di pihak yang kurang tepat.

Islam Yang Sepatutnya Dijunjung dan Diserukan

Yang sepatutnya dijunjung adalah Islam. Islam adalah matlamat, sedangkan demokrasi hanyalah alat yang punyai kekurangan.


Hilangnya alat yang tidak sempurna itu tidak mengapa, tapi jangan hilang matlamat.

Wednesday, February 3, 2010

Adakah Kita Sudah Menjalankan Tugas Sebagai Khalifah?


~Khalifah hebat, Sultan Muhammad B Murad al-Fatih~

Apakah Tujuan Hidup?

Apa yang dicari di dunia ini? Makan, minum, mundar-mandir, nikah, tidur, dan mati? Kita bukan dicipta sekadar untuk itu.


Adakah sekadar meratap hiba di sejadah? Ya, ia satu perbuatan kehambaan yang sangat besar faedahnya.. Tapi Islam tidak sekadar di situ. Selain daripada hamba yang beribadah pada Tuhannya, kita juga adalah khalifah..


Firman Allah SWT:-
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(al-Baqarah: 30)



Jika hamba itu bersifat lemah, meratap hiba dan bergantung pada tuannya, itu adalah sikap yg dipamerkan ketika beribadah ritual.

Bagaimana Sifat Khalifah?

Bagaimana pula dengan sifat seorang khalifah? Seorang khalifah adalah pentadbir. Tidak cukup untuk seorang khalifah menjadi baik seorang diri seandainya orang di bawahnya dipandang sebelah mata.


Adakah kita sudah menjalankan tugas sebagai seorang khalifah yang menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar atau kita sekadar tidak peduli dengan maksiat yang seringkali muncul di depan mata?


Adakah kita benar-benar menjaga diri dan keluarga dari api dunia malah yang lebih dasyat lagi, api akhirat? Adakah anak-anak lelaki & perempuan sudah diajar akan ajaran agamanya yang benar-benar tulen?


Adakah mereka telah diajar agar bukan sahaja menutup aurat, malah juga menahan pandangan dari memandang yang haram? Adakah apa yg kita ajar itu, sentiasa kita kuatkuasakan kpd mereka atau sekadar di bibir kita sahaja?


Kata pepatah dari mata turun ke hati.. semuanya ada aturan, ada kronologi.. Jika baik kita laksanakan tugasan sebagai hamba & khalifah, maka baiklah generasi yg akan datang.

Mengingati Tugas Sebagai Hamba & Khalifah Allah

Setiap kali mahu terlalai, cubalah untuk mengingatkan diri akan tujuan hidup. Tadabbur ayat yang menunjukkan tugas kehambaan.


Firman Allah SWT:-
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"
(adz-Dzariyat: 56)



Tadabur ayat yang menyatakan akan tugas sebagai khalifah.


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(al-Baqarah: 30)



Lihat pula ayat dari surah al-Mulk ini yang juga menyatakan tentang tujuan manusia diciptakan:-


"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".
(al-Mulk: 2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...