...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Sunday, January 31, 2010

Perantaian Minda & Ideologi / Pemikiran Sesat


Mereka menyerang dan menakluk kita melalui pemikiran. Kaum Muslimin perlu bangkit. Percayalah, anda mampu untuk menjadi penyelamat dunia walaupun seteruk mana anda sekarang. Jangan biarkan minda kita dirantai oleh bisikan syaitan.

Contoh Perantaian Minda

"Seekor anak gajah tertambat kakinya di tiang semenjak awal usia. Setiap hari anak gajah itu cuba untuk melepaskan dirinya, tetapi gagal. Rantai itu terlalu kuat untuk seekor anak gajah bertubuh kecil. Tetapi apabila anak gajah sudah menjadi dewasa, dirinya sudah lama berhenti mencuba untuk melepaskan diri. Gajah itu pasrah membiarkan dirinya tertambat, mungkin untuk selama-lamanya.


Gajah itu sudah berhenti mencuba, kerana fikirnya sudah diasuh bahawa tempatnya adalah di sisi tiang. Gajah itu terlupa melihat tubuhnya yang sudah berganda besar dari lima atau sepuluh tahun yang lalu. Gajah itu alpa bahawa kekuatan dirinya sudah cukup kuat untuk merentap rantai dan lepas bebas.


Gajah itu menjadi mangsa kealpaan dirinya sendiri. Tubuhnya membesar dewasa tetapi akalnya kekal terbantut".

Siapa Mereka?

"Mereka" yang dimaksudkan adalah Dajjal, Iblis laknatullah 'alaih dan proksi-proksi mereka. Konteks "mereka" ini terpakai juga untuk semua yang berniat jahat memanipulasikan orang lain termasuk penjajah dan anak buah penjajah yang pernah memperlekehkan kemampuan rakyat Tanah Melayu untuk merdeka dengan menyatakan 'nak buat jarum sebatang pun tak reti, bagaimana mahu memerintah negara?'...


Selain menimbulkan ketidakpercayaan kepada diri, kita juga disesatkan pemikiran dengan sistem-sistem songsang seperti politik yang berteraskan demokrasi. Sebenarnya, demokrasi masih tidak tepat dengan cara Islam memilih tampok kepimpinan namun sesetengah ulama mengharuskannya atas sebab tiada pilihan lain yang lebih baik.


Begitu juga dengan sistem nasionalisme, sehinggakan ada umat Islam yang mengutamakan negara sendiri, memandang dari sudut pandang nasionalis, bukan lagi dari sudut pandang seorang hamba Allah yang menjadi KHALIFAH UNTUK SELURUH BUMI TANPA MENGIRA SEMPADAN NEGARA ATAU BANGSA..

Banteras Serangan Pemikiran yang Merosakkan Umat

Pemikiran nasionalisma yang songsang tersebut dibawa British dan diteruskan UMNO.


Jika sekularisma dan liberalisma dibanteras, begitu juga yang perlu kita lakukan untuk menghapuskan nasionalisma yang berlebihan hingga melampaui batas.

Wednesday, January 20, 2010

Untukmu Guru


Guru oh guru...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka..
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa..
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca.

(Allahyarham Usman Awang)

Jangan Menyokong Meraka Yang Menghina Allah & RasulNya.



Apa yang pernah berlaku adalah sejarah yang boleh dijadikan panduan untuk masa kini.

Sejarah Membuktikan UMNO Menyokong Mereka Yang Menghina Allah, Rasul & Hukum Islam

Tun Mahathir pernah menghina Allah & RasulNya namun UMNO tetap menyokong dan memanjangkan kekuasaaan beliau.

Maka sesiapa yang menyokong adalah BERSUBAHAT KEPADA MUNGKAR DAN mereka TERGOLONG DI DALAMNYA..

Baiklah bertaubat sebelum terlambat.

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Koleksi penuh boleh dilihat di sini:-
http://zikir88.blogspot.com/2009/10/koleksi-kenyataanucapan-yang-menghina.html

Hukum Meraka Yang Menghina Kerana Ingkar & Berpenyakit Hati (Bukan Kerana Jahil)


Firman Allah SWT:-

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik".
(al-Maidaah: 47)

Mencela, mengolok-olok, mencaci-maki ataupun merendahkan Rasulullah SAW dalam terminologi fiqih Islam dikenali dengan istilah sabba ar-Rasul atau syatama ar-Rasul. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kata-kata atau kalimat-kalimat seperti apa yang dikategorikan sabba ar-Rasul maka perlulah kita meneliti deskripsi berkenaan sabba ar-Rasul. Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul menerangkan tentang batasan orang-orang yang menghina Nabi SAW, iaitu "kata-kata (lafaz) yang bertujuan untuk menyalahkan, merendahkan martabatnya, melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasulullah SAW tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah SAW"
[Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya ash-Sharim al-Maslul ‘ala Syatimi ar-Rasul hlm 528].

Di dalam kitab tersebut juga beliau menukilkan pendapat Qadhi Iyadh tentang pelbagai bentuk penghinaan terhadap Nabi SAW. Di jelaskan demikian: Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW adalah mereka yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah SAW ada kekurangan, mencela nasab (keturunan) dan perlaksanaan agamanya, menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyamakan beliau dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, menjelek-jelek dan mencari-cari kesalahannya. Pelaku tersebut adalah orang yang telah menghina Rasulullah SAW. Apakah hukum Islam ke atas orang-orang yang menghina Nabi SAW? Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi SAW dengan kata-kata yang nyata.”
[Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215].

Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:

(1) "Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya".
[Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud].

(2). "(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah SAW ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah SAW bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal”
[HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].

Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi SAW adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah SAW adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan".
( Hud: 113)

Semoga kita semua termasuk UMNO bukanlah dalam golongan yang ingkar kepada Allah & RasulNya setelah datang keterangan yang nyata. Amin..

Wallahu'alam..

Tuesday, January 19, 2010

Manfaatkan Masa, Kesulitan Bukan Selamanya


MQA + Praktikum + KKP + Kajian Tindakan + Exam = SIBUK.

Manfaatkan Masa Yang Ada


Ambillah kesempatan lima sebelum lima: mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum melarat, hidupmu sebelum mati, dan waktu senggangmu sebelum sibuk.
(HR. Al Hakim dan Al-Baihaqi)

Kesulitan Bukan Selamanya

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

(al-Insyirah: 5-8)

Sunday, January 17, 2010

Jangan Membenarkan Persepsi Tanpa Bukti


Adakah kerana penyokong sesuatu parti politik membuat persepsi, maka anda mengikut jejak-langkah mereka dalam membuat persepsi kemudian mencangkan ia seperti ia adalah suatu kebenaran? Sungguh ia lari drpd Sunnah Rasulullah.....


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka (persepsi, sangkaan tanpa... bukti), sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang".
(al-Hujuraat 49:12)

Persepsi Diambil Kira Apabila?


Sebagai sebuah jemaah Islam yang terlibat dalam persaingan demokrasi, mahu tidak mahu PAS perlu menimbangkan persepsi rakyat. Namun sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh membuat persepsi sendiri dan kemudian mencanangkan ia seolah-olah ia adalah kebenaran sepertimana mengatakan PAS mengharuskan penggunaan nama Allah bagi Kristian kerana menagih undi kaum Kuffar.

Bawa Bukti


Jika benar tudahan sedemikian, bawalah buktinya. Biar pihak yang disangsikan adalah UMNO, persepsi tidak boleh dianggap sebagai suatu bukti. Berhati-hatilah dalam melaporkan sesuatu isu. Persoalan jangan dibuat sebagai ayat pernyataan.

Thursday, January 14, 2010

Bedah Buku: Membongkar Misteri Dajjal


Antara isi utama tentang Dajjal oleh Muhammad Nurrani Ma'arif:-

1. Dajjal adalah manusia yang dikatakan bercampur dgn benih jin.

3. Menurut Imam al-Barzanji, Dajjal lahir sekitar zaman Nabi Sulaman alaihissalam.

2. Dia diberi keizinan umur yang panjang seperti Azazil yang kini menjadi Iblis laknatullah alaih.

3. Pulau tempat tinggalnya bersama Jassasah yang ditemui Tamim ad-Dari telah tenggelam dan pulau tersebut dikatakan sebagai pulau Atlantis.

3. Dajjal mampu menyamar sepertimana jin dan bentuk paling disukainya ialah bentuk penyamaran sebagai pemuda dan seorang tua yang berjubah dan berjanggut panjang persis Gandalf dalam "Lord Of The Ring".

4. Dialah pemuda ajaib bernama Merlin dalam epik British, Shi Huang Di yang membina Tembok Besar China yang ajaib beserta keanehan piramid dan patung Terracota di Xian China.

5. Dia dikatakan sebagai cucu-cicit kepada Samiri/ Samirah B Nuh.

6. Sam/ Uncle Sam kerap digunakan sebagi ikon Amerika Syarikat.

7. Dia hanya dipasung/dirantai ketika Nabi Muhammad SAW lahir sehingga baginda wafat.

8. Kini Dajjal telah bebas namun memilih untuk berhibernasi di alam jin.

9. Adakah Dajjal mahu keluar dari alam jin pada 2012 seperti yang diisyaratkan Hollywood, proksi Dajjal?!

Bersambung...

Thursday, January 7, 2010

Menggantikan Sistem Pendidikan Sekular


Pendidikan Malaysia Sekular

Kasihan kepada rakyat Malaysia yang terpaksa menerima asuhan pendidikan sekular yang telah lama bermaharajalela. Kini, kesannya membarah dalam masyarakat hatta pada para sarjana dan mereka yang digelar cendekiawan. Kita perlu bekerjasama membantu menyedarkan masyarakat akan pelbagai penyelewengan ilmu dan falsafah dalam sistem pendidikan.


Masalah ini terjadi apabila UMNO meneruskan dasar sekular British, oleh kerana itulah British mudah untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana bakal pemerintahnya adalah anak murid British sendiri. Sehingga kini, sistem sekular yakni sistem yang mengasingkan ajaran agama dari pelbagai sudut kehidupan terus diamalkan seperti dalam pentadbiran (politik), undang-undang jenayah, pendidikan dan lain-lain.

Sistem Pendidikan Islamik


Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan pendidikan Islamik tanpa pengaruh sekular adalah pendidikan tersebut semestinya berteraskan aqidah Islamiyyah yang bermatlamat mengejar redha Allah SWT, mengejar apa yang digariskan Islam dan bukannya apa yang dikejar materialis atau nasionalis.

Subjek Pendidikan Islam perlu diangkat melebihi subjek-subjek lain bagi seorang penuntut Muslim, ertinya subjek Pendidikan Islam@ al-Quran & as-Sunnah perlu menjadi induk yang memayungi dan memantau segala teori dan amali dalam subjek-subjek lain di bawahnya seperti Sains, Pendidikan Jasmani, Biologi, dan lain-lain.


Kesemua subjek tersebut perlu dikaitkan dengan al-Quran dan as-Sunnah dengan bimbingan ulama. Ia tidak boleh dibiarkan bersendirian seperti layang-layang yang tidak punya tali atau anak-anak ayam yang ketiadaan ibu seperti yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang di mana subjek Pendidikan Islam hanya dianggap sama taraf malah lebih rendah dari subjek-subjek lain. Inilah yang dinamakan sekular apabila Islam/ ilmu@panduan Islam dianggap suatu serpihan atau sebahagian dari pebendaharaan keseluruhan ilmu.

Kesan Dipimpin Oleh Mereka Yang Benar-Benar Berilmu


Sejak dahulu lagi, mereka yang berjaya memimpin suatu masyarakat adalah mereka yg alim terutama dalam al-Quran dan as-Sunnah. ini dibuktikan oleh Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, dan sebagainya. Selain mahir dengan 'ilmu dunia', mereka juga merupakan Muslim yang taat malah boleh dikategorikan sebagai ulama.


Semua ilmu dunia sebenarnya berpunca daripada dua sumber ini yakni al-Quran & as-Sunnah. Jadi, sesiapa yang benar-benar memahami dan mampu mengamalkan ilmu yg terkandung di dalamnya maka dia/ mereka akan berjaya. Jika kita menjumpai mereka ni, angkatlah mereka sebagai pemimpin, kelak kita akan dibawa ke arah kejayaan dunia akhirat insyaAllah..


Mulakan dengan pendidikan dari sumber yg sahih bukan dari worldview/perspektif tokoh-tokoh kafir. Mungkin ada sesetengah pendapat mereka benar, namun ia pasti tidak tepat jika tidak berpandukan pada Islam/ tidak berpandukan pada al-Quran & as-Sunnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...