...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Tuesday, December 29, 2009

UMNO Masih Tidak Mahu Menggantikan Dasar Kebangsaan Dengan Dasar Islam.


Kewajipan Berpandukan al-Quran & as-Sunnah Dalam Membuat Sesuatu Dasar/ Keputusan

Dua sumber utama syari’at Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka apabila al-Quran telah dijamin keabadiannya, tentu as-Sunnah pun demikian.
( Al-Hadits Hujjatun bi Nafsihi fi al Aqaid wa Al Ahkam, karya Muhammad Nashiruddin Al-Albani hal. 19-20)


Mengapa UMNO tidak mahu menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti seperti yang dilakukan PAS sedangkan hukum mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah (sumber panduan dan hukum dalam Islam) adalah wajib?


Mengapa UMNO kekal dengan dasar kebangsaan dan berkiblatkan undang-undang ciptaan manusia bernama Lord Reid? Adakah mereka takut apabila mereka memperjuangkan Islam, mereka terpaksa menyerahkan seluruh diri (jiwa raga) dan harta benda ke jalan yang diredhai Allah? Atau adakah mereka ragu-ragu dengan kesempurnaan sistem Islam?

Mesti Mencari Jawapan Setiap Permasalahan Berdasarkan al-Quran & as-Sunnah


Sebagai seorang Muslim, carilah jawapannya dalam al-Quran & as-Sunnah.


Allah SWT berfirman:- "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu" Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.


Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta?


Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.


Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.

(at-Taubah ; 42-45)

Kesimpulan Dan Peringatan

Jangan ikuti jejak-langkah syaitan. Kawallah hawa nafsu. Hilangkan segala keraguan pada Islam. Ikutilah panduan dari al-Quran dan as-Sunnah / Hadith. Perjuangkanlah Islam... Semoga beroleh rahmat & keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat....

Friday, December 25, 2009

Nota Untuk Diri



I LOVE MY JOB..............................!

-KERJA SEBAGAI SEORANG KHALIFAH.

-MENGERJAKAN APA YANG DISURUH ALLAH, MENINGGALKAN APA YANG DILARANG ALLAH.

-MENEGAKKAN AGAMA, MENTADBIR DUNIA DENGAN AGAMA. (MENTADBIR DUNIA DENGAN PRINSIP KEBENARAN, KEADILAN DAN SEGALA PRINSIP MURNI AJARAN ISLAM, BUKANNYA AUTOKRASI)

-SABAR DENGAN UJIAN YANG SEDANG MENIMPA, REDHA DENGAN KEPUTUSAN YANG DITERIMA.

-BERSYUKUR DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH, KESEMPURNAANNYA TIADA TARA.

-BERJAYALAH ORANG YANG BERTAQWA. TAQWA ITU DI HATI.

-IKHLAS ADALAH KERJA HATI.

-HATI ADALAH ORGAN TERPENTING.

-IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT MENANDAKAN HATI ITU TIDAK MATI, MALAH SIHAT SEJAHTERA.

-HATI YANG BERSIH DAN SIHAT SEJAHTERA AKAN MENZAHIRKAN AKHLAQ YANG MULIA.

-JUSTERU, SENTIASALAH MEMBERSIHKAN HATI..!!

-ILMU ADALAH ALAT MENCAPAI TAQWA.

-DENGAN ILMU, KITA SEMAKIN YAKIN DENGAN KEBENARAN ISLAM.

-PERCAYA DENGAN YAKIN AKAN KEBENARAN ISLAM MEMBAWA KITA KEPADA TAHAP MUKMIN.

-MUKMIN PERLU MENINGKATKAN PENGHAYATAN DALAM BERAGAMA SEHINGGA MENCAPAI DARJAT MUTTAQIN.
(ORANG2 YG BERTAQWA)

-ILMU TIDAK BERGUNA JIKA TAQWANYA TIADA.

-SEKALI LAGI, TAQWA ITU DI HATI.

Dari Abu Dzarr, dia berkata, Rasulullah Shallallâhu 'alaihi Wa Sallam bersabda, “Takutlah kepada Allah di manapun kamu berada dan iringilah (balaslah) keburukan dengan kebaikan niscaya dia akan menghapusnya (kebaikan akan menghapuskan keburukan) serta pergauilah manusia dengan akhlak yang baik.”
(HR.at-Tirmidzi, yang berkomentar: Hadîts Hasan Shahîh)

Tanggungjawab Bersama Dalam Menangani Masalah Sosial



Masalah Sosial Semakin Meruncing


Masalah sosial semakin meruncing dan tidak mudah untuk diselesaikan. Apa tanggungjawab aku? Apa tanggungjawab kalian? Apa tanggungjawab NGO? Apa tanggungjawab PAS? Apa tanggungjawab kerajaan dalam menangani masalah ni?


Tanggungjawab aku ialah menyeru agar diri, keluarga dan masyarakat mengikuti Islam sepenuhnya dan menyeru kerajaan agar mengambil langkah lebih proaktif untuk membendung pelbagai masalah maksiat dan jenayah ini daripada berlaku..


Tetapi kes tetap berlaku..

‘With Great Power, Comes Great Responsibility’

Kenapa? Tanyalah pada setiap yang bertangungjawab terutama kerajaan sebab mereka mempunyai kuasa yang lebih bermakna, bermakna perlu lebih bertanggungjawab. Aktor Spider-man mengatakan; ‘With great power, comes great responsibility’..


Tetapi, harapkan pagar, pagar dah koyak-rabak dimakan syaitan dan hawa nafsu..


Kerajaan tidak akan dapat mengubah keadaan ini kalau tidak bersungguh-sungguh untuk mengamalkan Islam dengan sepenuhnya serta sibuk dengan agenda politik songsang..

Tugas Kita


Maka tugas kita semua seterusnya adalah pergi ke tengah masyarakat dan menyeru agar kerajaan ditukar kepada kerajaan yang lebih baik. PAS adalah yang terbaik. undilah PAS, undilah Pakatan Rakyat..!

Tidak Meletakkan Islam Sebagai Dasar : Punca Kepada Permasalahan Sosial



Masalah Sosial Parah


Dewasa ini, pelbagai masalah sosial seperti pergaulan bebas, zina dan pembuangan anak luar nikah berlaku. Ia perlu diselesaikan segera memandangkan setiap daripada kita adalah khalifah Allah yang dipertaggungjawabkan mentadbir Bumi.


Untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, ia tidak boleh dilihat hanya dari satu sudut sahaja. Kita kena melihat dari keseluruhan aspek. Kesemua kita ada tangungjawab masing-masing.

Jangan Salahkan Kerajaan?

Ada pihak yang melarang kita mempolitikkan perkara ini, ‘jgn tuding jari kat kerajaan!!’, kata mereka, namun kita menanyakan kembali, bagaimana kita tidak menyatakan sedemikian jka pihak yang mempunyai kuasa paling besar yakni kerajaan pun tidak menjalankan tangungjawab dengan baik dan bersungguh-sungguh? Mereka seolah-olah hanya sekadar melepas batuk di tangga sahaja..


Semua pihak kena bersatu untuk menyelesaikan masalah termasuk para ibu bapa, guru & masyarakat. Jika pihak-pihak ini sudah mengusahakan yang terbaik namun kerajaan yang mempunyai kuasa dan pengaruh terbesar tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna, maka ia tidak dapat diselesaiakan dengan optimum.

Tidak Ambil Peduli

Lihatlah bagaimana dasar penyiaran. Pelbagai filem yang bolah membawa kepada cara hidup yang tidak sihat diberikan permit pemasaran atas kapasiti hiburan seperti filem JALANG, PISAU CUKUR, , GUBRA dan yang terbaru 2012!


Perkara sebegini seolah-olah tidak diambil peduli oleh kerajaan sedangkan dari filem-filem sebeginilah, pelbagai gejala negatif timbul, malah ia boleh membawa kepada pemesongan aqidah..!! Apa tugas Kementerian Penerangan dlm hal ni?


Tidak sedar lagikah dengan perkara sebegini walaupun setelah lebih 50 tahun memerintah?

Tugas Kita


Jadi, jika kerajaan tidak mahu mengambil langkah yang sepetutnya dalam membendung pelbagai gejala sosial dengan cara yang betul, maka tugas kita sekarang adalah menukar kerajaan selain menggiatkan lagi usaha dakwah dan tarbiyyah melalui usrah, seminar, ceramah, penulisan blog dan lain-lain..


Ikutlah Islam sepenuhnya, Islam adalah penyelesaian.. Islam menyuruh kita memberikan amanah/tanggungjawab kepada yang berhak. Tanggungjawab memimpin negara bukan suatu perkara kecil dan mudah. Berikan tanggungjawab itu pada yg berilmu, amanah dan berkemampuan mentadbir negara dgn baik, bukannya pada parti yang terkenal dengan rasuah dan agenda politik songsang dalaman dan luaran… Jom boikot parti UMNO yang sudah busuk sehingga ke usus ini.. Undilah PAS, undilah Pakatan Rakyat,..!

Thursday, December 3, 2009

Dialog Dengan Penyokong UMNO (Isu Kronisme & Salah Guna Kuasa)



Jarir 'Abdillah: Isu kronisme mencetuskan perbalahan sejak dulu.. ingat lg zaman Uthman RA memerintah? beliau dikatakan pilih kasih sedangkan ianya tidak.. dlm Islam, ia memang dibenarkan kerana selain org yg dipilih itu berkelayakan, satu lg faktor yg tidak kurang pentingnya ialah kepercayaan kpd wakil yg dilantik.

sebab itu, Uthman R.A yg dijanjikan syurga melantik kaum-kerabatnya yg dekat.. kerana beliau sudah kenal wakil2 yg beliau lantik.. jadi, benarlah kata TGNA yg membenarkan tindakan beliau melantik ahli keluarga yg dekat menjawat jawatan2 tertentu...

jgnlah kerana salah faham yg sedikit begini menyebabkan ulama dicela.. kadangkala kita mencela ulama sedangkan kita tak sedar kita sendiri yg jahil dan tak mengerti perkara sebenar... penyokong2 UMNo selalu berperangai sebegini.. mencela ulama dlm keadaan sendiri jahil..ilmu tak dapat, yg dapat hanyalah hilangnya berkat.. jgn juga mencela TG Haji Hadi.. mgkin beliau juga salah fhm dgn situasi, ataupun kita yg tak memahami kenyataanya..wallahua'alam..

Berfikir dgn lebih dalam,.. selalu isu begini timbul kerana kita menyempitkan skop kita dalam menilai dan bersifat prejudis.. dikata politik dajal jika kronisme tak bertempat, adapun dlm kronisme bertempat ia dibenarkan.. bnyk perkara dan hukum Islam bersifat begini.. fahamilah.. jgn berfikiran sempit.. bertaubatlah UMNO..sama2 k


Penyokong UMNO: Pasal tu jgn asyik dok mengata org ibarat paku dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih. Bila kena time sdr, muncul plk perkataan baru kronism bertempat dan kronism tak bertempat. Bertaubat la bro. Ajak sekl nik aziz tu, ckp kt pok nik tu yg belah umno ni mengucap sama macam dia dan yg dlm pas jugak. Degil lagi sebab kes kes lame, kenangan lame tu x blh di bawa bila dlm kepimpinan. Umno pun dah ramai kepimpinan baru tp dgn nama yg sama. Don't judge book by its cover bro, all the best. Salam persaudaraan Islam bro, nak sahut tak?


Jarir 'Abdillah: apsal lak? ko ni kena balik belaja ni..hehe. memangla. ok, kalo tengok ngumpat biasanya takleh kan? tp ada jugak mengumpat yg boleh.. g la bukak syarah Imam Nawawi tu.. samala jugak dgn kes ni.. korang sendiri yg tak reti bahasa.. pastu nak mencela ulama..tak malu ke? yes, dont judge a book by its cover pun ada keadaan dia, masa bila boleh diguna.. leh pikir camne..? ke tak paham jugak?hehe..

pak zaidi2..kesian aku tgk..taubatlah..hehe.. sama2 taubat


Penyokong UMNO:
Sdr jarir, ulama mana pun yg sdr nak refer, bagi satu rujukan utk tolak perpaduan dan menguatkan ummah? Salam persaudarran islam pun sdr tak sambut ape punye jahil ko ni. Klu org pegi luar negara terutama kt negara mat saleh, dia tak tanye ko imam mane, ko sokong hudud ke tak, bg salam dan kita jawab, yes brother. Brother se islam . Ape yg ko dasyat sangat yg ko dok tulis rujukan sana sini, imam sana imam sini tp sesama islam salam persaudaraan dan ukhwah ko tak sahut. Ko malaikat ke bro atau setan merupa manusia islam. Menjd suara iblis mengalakkan perpecahan islam. Time ko byk pulk ayat ko kuar nk cover kronism ko. Ko belajar ugama tinggi ape niat ko, nk tegakkan islam , melalui pas. Mcmana dgn dok hambur sana sini. Dgn dok maki sana sini, itu ke cara ko dakwah. Bagi aku satu list nama org org bukan islam yg pas dan plg bagus yg sdr islamkan. Tlg ye saya tunggu


Jarir 'Abdillah:
ni kritk peribadi namanya.. takkan marah kot?hehe.. cool la pakcik.. pasal salam pun nak bisang ke.. takkan semuanya nak tulis kat sini..
manala tau kan org jwb dalam hati..hehe...

yes, memang kita nak bersatu..tp, bersatu dlm Islam yg tulen la, jgn bersatu dgn hipokrit.. maki apa lak ni..hehe.. sape yg kuar perkataan 'setan' tu ek?hehe.. cool man..! cool.. =)

pak zaidi, jgn sokong hipokrit, jgn sokong pemimpin yg hina Islam, sebaliknya sokongla PAS..!


Penyokong UMNO:
Kepatuhan kpd kepimpinan islam semasa adalah dituntut , ulul amri. Spt jg mak bapa, hormat kpd mereka dituntu kecuali jika mereka suruh kita buat benda x betul. Baca komen lama sy di wall sy, negara islam mana yg hebat didunia ini, lebih hebat dr malaysia? Masa akan menentukan , bdk yg mcm sdr ni dok putar belit, jika hancur islam dan ketuanan melayu di bumi ini, org mcm sdr akan dibakar di neraka awal lg seblm org lain, ciri ciri org org munafik pemecah belah sdr seislam atas dasar nk kuasa dgn guna agama. Mana dia list org yg sdr dah islamkan dgn cara sdr dok berdakwah ni?


Jarir 'Abdillah: pak zaidi, apa yg pak zaidi nak kata sbnrnya, patuh ya.. memang patuh, tp patuh pun bertmpat.. takyahla nak persoal bertempat yg ni pulak. kita bukan bersing negara mana plg hebat, tp kita buat kerana Allah. kezaliman yg dibawa UMNO mestilah ditegur, kalo taknak dgr, haa.. taulah apa kita nak buat.. contoh: doa.. bukannya kita angkat senjata pun.. Cuma guna senjata doa.. kan bagus tu? kalau UMNO salah, tak perlula takut. Tak perlu beritahu berapa org yg dah diIslamkan.. takde motif. pak zaidi, sila tanggung fitnah terhadap yg kata kami nak kuasa dgn guna agama.. berani? terbalik tu, PAS nak dapatkan kuasa utk daulatkan agama.. UMNO pula main istilah 'sesama Islam' utk kepentingan kekalkan kuasa... nmpknya, UMNO yg ada ciri hipokrit@munafiq... again, ada ciri, aku tak tuduh tp kata ada ciri..

pak zaidi, umno ni la hipokrit, sendiri yg hina Islam.. pastu bila nak rebah.. sibuk melalak kata nak bersatu atas dasar 'sesama Islam'.. logikkah? nak bukti UMNO ni hina Islam?
(penyokong UMNO ni tidak membalas kata2ku..)

nampaknya kebenaran terbukti jua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...