...

Pencerahan asas tentang hakikat-hakikat kehidupan . Semoga 'dunia' tidak ada pada hati kita tetapi ada di tangan kita. Semoga kecintaan pada dunia yang membawa kepada sifat-sifat negatif seperti tamakkan harta, kedekut untuk bersedekah, suka bermewah-mewah, tiada dalam hati kita. Semoga kecintaan pada Akhirat sahaja yang ada.. Di sana ada semua yang jauh lebih hebat dari di dunia.. Dunia sebaliknya diharap berada di tangan kita sahaja, bermaksud kita berkuasa mengawal dunia, kita memerintah dunia dengan keadilan, supaya syariat Islam yang membawa kesejahteraan tertegak. Bukan memerintah dunia sepertimana yang biasa berlaku, memerintah kerana inginkan kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran sehingga menindas yg lain... Wahai Kekasih-kekasih Allah.. Esok, risalah kita akan beroleh kedudukan paling tinggi, dakwah kita akan mendapat kemenangan, dan kalimat kita akan terdengar di mana-mana, kerana sesungguhnya Allah bersama kita. Bersemangatlah!

Wednesday, October 28, 2009

Artikel Terpilih : Undang-Undang Islam - Sesuai Sepanjang Zaman Dan Terbukti Adil



UMNO yang menolak syariat Islam (peraturan/undang2 Islam) termasuk Hudud perlu kita tarbiyyah agar mereka bebas dari kejahilan, namun jika mereka masih lagi dalam keadaan jahil dan menolak kebenaran ini, mahukah lagi kita mengambil mereka sebagai pemimpin?..

Siapakah yang mahu dipimpin oleh orang jahil?

Antara undang2 yang dibuat Lord Reid yang masih menjadi pegangan UMNO sehingga sekarang dan undang2 Allah yang disampaikan Nabi Muhammad, mana yang kita pilih?

Pilihlah kebenaran.. Kebenaran itu datangnya dari Allah, dibawa oleh Nabi dan disampaikan kembali oleh ulama2 seperti Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi pewaris (kepada ilmu2) Nabi.. Sedarlah saudara2ku.. tolak UMNO, jadilah sebahagian daripada pendukung kebenaran dengan membantu PAS!


Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.


Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.


Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.


Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz’i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz’i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz’i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.


Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari’ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.


Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.


Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, laporan kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.


Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.


Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.


Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, ” Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak.”


Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz’i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (ganti rugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.


Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.


Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar’iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari’ah. Siasah Syar’iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari’ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari’ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.


Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari’ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.


Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.


Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar’iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara’ seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.


Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari’ah yang lebih mendalam.


Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.


Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. -



ALLAH KNOWS BEST...

Thursday, October 22, 2009

Muhasabah Diri: Manakah Kita Lebih Kenal, Ulama Ataupun Artis?




Kenalkah Kita dengan Imam Abu Hassan as-Syaari? Imam Abu Mansur al-Maturidi? 4 Imam Mazhab? Imam Syeikhul Islam Zakariya al Ansori? Imam Ibnu Hajar al-Asqolani? Sultanul Ulama' Izz Abdussalam? Imam Fakruddin ar-Razi? Imam Ghazali? Imam Sufyan Uyainah? Imam Junaid al-Baghdadi? Imam Tajuddin as-Subki? Sultan Salahuddin? Sultan Muhammad Al Fateh?


Begitu juga dengan ulama kontemporari. Kenalkah kita dengan tokoh2 agung dunia ini seperti Imam Hassan al-Banna? Badiuzzaman Said an-Nursi? Prof Ali Jumuah? Dr Yusuf Qardhawi? Dr Syed Ramadhan Al Buty? Dr Wahbah Zuhaili? Syeikh Zaini Dahlan? Syeikh A'lawi Al Maliki? Syeikh Yasin Fadani? Syeikh Abdullah al-Harari? Syeikh al-Ghumari? Syeikh Nuruddin al-Banjari? Habib Ali Jufri? DR Harun Din, TG NIk Aziz, TG Haji Hadi?


Aku tak meletakkan kesemua kesalahan pada individu kerana sebagai manusia kita terdedah pada banyak faktor luaran. Apapun, kita kena bijak memilih. Allah bg kita aqal suruh kita belajar.. Allah bagi kita aqal suruh kita menimbang mana kebenaran mana kebatilan.. Allah bg kita aqal dan hati supaya kita memilih kebenaran dan menumbangkan kesesatan...




Mari kita boikot media2 bawah BN. Mereka menyebar fitnah yg banyak di Malaysia ini.. Antara kesesatannya ialah memuja-muji artis sedangkan artis-artis tersebut kebanyakannya secara jelas melanggar hukum syarak! Kesannya, anak-anak muda terikut-ikut dengan rentak dan gaya hidup artis.


Siapa yang tidak tahu dengan segala cerita2 bodoh lagi pelik yang dijaja artis akibat tidak membawa cara hidup yang diperkenan Islam?? Ni baru cerita mengenai kesan daripada menyanjung tinggi artis2, belum cerita tentang penipuan yg dibawa oleh media2 ni sehingga kadangkala mereka berani memfitnah dan memutar-belitkan kata2 ulama!!


Kini 'berkat' media2 bawah BN yang bobrok ini, ramai di kalangan anggota masyarakat lebih mengenal artis dan menggayakan gaya hidup artis, dalam masa yang sama tidak mengenal ulama sedangkan ulama itu adalah pewaris para Nabi! Mereka pewaris kerja paling mulia di muka bumi! Mereka mengajak kepada yg ma'ruf dan mencegah dari mungkar. Mari kita mengenali para ulama', menyintai mereka dan cuba mengikut jejak langkah mereka!

Monday, October 19, 2009

KOLEKSI KENYATAAN/ UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata:"Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. "Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali," katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

* Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim Allah swt." (al-An'am:57)

* Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

* Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

* Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

* Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

Bangkitlah pejuang2 Islam untuk membawa kembali mereka yang telah tersesat ini ke jalan yang benar atau jika mereka tidak mahu mendengar nasihat, sudah tentunya mereka perlu disingkir dari menjadi pemimpin. Bolehkah pemimpin yang membenci Islam memandu kita untuk beroleh kesejahteraan di akhirat??


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT


(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?
Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGGALAKKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

* Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31) *

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat....mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

* Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)

* Rasullullah bersabda:
* "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
* "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
* "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT, MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

* JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM

Dr Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

KENYATAAN RASMI PSARAFHQ

http://mindarakyat_2.tripod.com/2001feb/i2001-0475.htm

RTM-TV2 SIAR FILEM MENGHINA KESUCIAN ISLAM
Kami dari warga kerja PSARAFHQ dengan rasminya merasa terhina dan membantah keras tindakan Radio & TV Malaysia sebagai saluran rasmi kerajaan Barisan Nasional menyiarkan filem Yahudi yang menghina kesucian agama Islam melalui siaran TV Malaysia.


Saluran 2 TV Malaysia menyiarkan filem bertajuk "The Leading Man" melalui slot 2 BY 2 pada jam 10.00 malam bertarikh 8hb.Feb.2001 (Khamis malam Jumaat) yang terang-terang menghina kesucian Islam.


Dalam filem " The Leading Man" ini terdapat adegan romantis di atas ranjang dengan suara latar AZAN SEDANG DI LAUNGKAN...???? Perbuatan ini benar-benar telah menghina dan memperlekeh kesucian agama Islam yang di anuti oleh rakyat dan bangsa Malaysia.
Pihak kami beranggapan pihak RTM tidak bertanggungjawap kerana membenarkan filem "The Leading Man" ini di siarkan dalam saluran 2 untuk tontonan umum.


Pihak kami juga merasa terhina kerana RTM yang di kuasai oleh kerajaan Barisan Nasional tidak berhati-hati dan mengambil kira kepentingan umum terutamanya orang Islam di Malaysia ini apabila menyiarkan filem yang menghina kesucian agama Islam.
Pihak kami juga dengan tegasnya menyeru kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia memboikot seluruh siaran dari Radio & TV Malaysia akibat dari penyiaran filem " The Leading Man " ini.





Pihak kami juga memohon dengan tegasnya kepada Radio & TV Malaysia melalui Menteri Penerangannya memohon maaf secara rasmi melalui media elektronik dan media cetak kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia akibat dari kesalahannya menyiarkan filem yang menghina kesucian Agama Islam ini.

Saturday, October 17, 2009

Mari Ke Parti Islam Se-Malaysia.




Nyanyi dengan nada lagu Seroja

Mari berhimpun di kota, bandar di desa…
[pastikan kita selalu dengar ceramah agama, mentarbiyyah hati]

Aaaa………….

Insaflah semua, ibu bapa & remaja….

Ulama’ kita dihina, jangan dihina….
[pemutar belitan pandangan ulama’ penyelewengan fakta di media perdana, anda terpengaruh?]

Aaaaa……….

Dengarlah ia, walaupun sebentar saja…..
[datangla ceramah, baru terbukak ckit ati tu]

Rupa yang elok, jangan dicukur bulu keningnya..

Dicukur bulu keningnya, aaaa…….
[macam anak bini pemimpin2 UMNO.. takleh buat camni ni..dilarang!]
(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahui)
(ali-Imran: 71)

Biarlah ia, sekadar oo sekadar saja…….

Mengapa kau bermenung oo UMNO berhati bingung….(2x)
[mengapa masih kekal dengan dasar kebangsaanmu itu? Dasar kebangsaan tak mampu menyelesaikan masalah-masalah yang ada sekarang ni.]



Mari bersama ke Parti Islam Se-Malaysia….
[apalagi, juangkan Islam! Ia lagi penting dr juangkan keMelayuan..org Islam mati masuk syurga, orang Melayu belum tentu lagi, maka insyAllah kamilah yang berada di pihak yang benar]

Sekarang bukan zaman bermenung, zaman bermenung….(2x)

Mari bersama oo adik menghindar dosa….

-[jangan sokong pemimpin yg tak berfikrah Islami. Islam bg UMNO (bila dinilai secara zahir) hanya pada nama.,sedangkan judi, arak dan zina terus berleluasa di bawah pemerintahan mereka..]

(Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang zalim)
(al-Qashash: 50)

mereka yang melakukan kezaliman ini diancam oleh Allah:
...Nudziqhu min 'adzabin alim.
“...Niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih".
(al-Hajj :25)

Mungkin kerana masih ada golongan yang melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, maka dengan izin Allah kita masih selamat..tapi tggulah azab Allah sekiranya kita terus leka dengan permainan dunia..

Firman Allah :-
وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأرْضُ
Maksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi…"
(al-Baqarah : 251)


Kepada orang2 UMNO, sedarlah..! Ikutilah ajaran Islam dengan sempurna..Jangan kita bertindak zalim dengan meletakkan seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya.

Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang jahil jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan... Ini semua tidak sepatutnya berlaku. Marilah kita meletakkan Islam sebagai dasar utama negara dan amalkannya, insyaAllah semua masalah selesai. Kalau pemimpin negara sekarang tetap taknak buat macam ni setelah dinasihati, maka eloklah kita tukar je pemimpin lain yang nak jadikan Islam sebagai dasar. Ramai pemimpin2 PAS yang berkelayakan untuk menggalasnya, insyaAllah...


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh) kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.”
(an-Nisa’: 58)


Astaghfirullah al-Azim..Allahummaghfirliqaumi fainnahum laya’lamun..

Friday, October 16, 2009

Dialog Dengan Penyokong UMNO (Isu Siapa Pemimpin PR)



Penyokong UMNO perlu diberi pencerahan..


Penyokong UMNO:
setinggi maner ilmu agama TG nik aziz n son pown, bakal PM korg tetap pak anwar 16 september gak.. bukan ulamak pown yg korg ketengahkan.. sbb ko tau bangsa lain mesti susah nak terima.. apa2 keputusan dlm PR pown nik aziz n pemimpin2 PAS xde kuasa.. mereka hnya mampu bersuara sekejap, then senyap last2 mintak maaf saje... kesian gak aku tgk~

setiap org berbeza tahap ilmu nyer.. TG nik aziz expert bab agama, then najib expert bab ekonomi n defend, so xblehla tertumpu pada satu bidang jerk.. bak kata Tun Mahathir, buat apa nak suruh najib berdebat dengan nik aziz? nanti nik aziz cakap bahasa arab, najib plak cakap english, dua2 xpaham... pown tak guna jugak..~

so, bab ilmu n pelajaran tue masing2 ada cara mereka yg tersendri~




Aku: Apa salahnya kalau Anwar jd pemimpin.? Tak salah apa pun.. Syarat kepimpinan sebenarnya bukanlah ulama tetapi benar2 Muslim. Tu lah yg dimaksidkan dgn kata ‘fikum’ dalam hadith2 yg menyebut pemerintahan. Yang dimaksudkan dgn BENAR2 MUSLIM tu ialah, dia walaupun sbg pemerintah kenalah iktiraf ulama’, dengar nasihat ulama’.. Aku tgk Anwar respek TG Nik Aziz, kalau PM 2dari UMNO ni jgn haraplah, kata2 Mufti dia tolak mentah2 tanpa hujah. Siap ada yg kena pecat lg sebab keluar fatwa tak boleh buat pertandingan ratu cantik.. apa nak jd la dgn PM yg mcm ni, mghina ulama.

Kalau PAS tak suka dengan seseorang mufti, itu disebabkan PAS ada hujah tersendiri, mungkin fatwa yg diucap mufti tu adalah fatwa karut, fatwa utk ‘cari makan’daripada pemerintah! Bukannya fatwa karut yg boleh dibincang dan dimenangkan oleh hujah yg lebih jelas. Jadi, Anwar tak salah utk jd pemerintah seandainya dia masih lagi berpakat dgn ulama. Malah, ia satu gandingan yg sgt baik apabila ulama bergabung dgn umara.

Memanglah setiap orang berbeza tahap ilmu dan berbeza juga pada kemahiran dalam bidang2 ilmu. Islam yg gemilang dulu pun bukannya tertumpu pd satu bidang ilmu. Buktinya, Islamlah yg melahirkan Bapa Kimia, Jabir Ibn Hayyan, Bapa Penerbangan iaitu Ibn Firnas walaupun digembar-gemburkan yg mempeloporinya adalah Oliver dan Wilbur Wright oleh Barat. Ni pun baru sebut dua nama..

Apa pun, hujah merepek ko tak leh berdebat sebab bahasa tu tak dapat diterima.. kalau nak org terima gak, bentangkanlah hujah tu pada budak2 ataupun rakyat yg jahil… macamlah Nik Aziz dan Najib tak boleh cakap Melayu. Kalau Nik Aziz keluar dalil bhs Arab, mintalah dia terjemahkan. Macm tu jugak kalau Najib ckp ‘hujah’ kononnya dalam English, terjemahkanlah balik.. jgn guna hujah kebudak-budakan utk mengelirukan rakyat.. bukan nak suruh Najib berdebat dalam hal2 yg mendalam dalam agama yg dia mungkin tak mengetahui secara jelas seperti haid wanita,muamalat dan dasar perbankan Islam dll, tp atas dasar pemerintahannya. Aii, dia kan memimpin negara, mestilah kena tahu cara memimpin mengikut ajaran Islam. Kalau itu pun dia tak tau sampai takut nak terangkan tentang cara dia memimpin/ memerintah pada Nik Aziz, takyahlah jadi pemimpin.

Org2 jahil apabila memimpin akan merosakkan orang2 yg di bawah pimpinannya. Habis punah-ranah rakyat, tu la sebab macam2 jenayah dan kemaksiatan berlaku kat negara kita ni.! Drpd masalah tak ajar rakyat tutup aurat, tak jaga pegaulan yg bebas, tak halang konsert2 hiburan yg melampaui syariat, tak tutup web2 porno, tak menyediakan prosedur ketat pada penyewaan hotel, tak menerangkan kpd masyarakat terutama ibu bapa agar memudahkan prosedur perkahwinan yg menjadi fitrah manusia, ini semua akan menjadikan zina berleluasa. Itu baru satu masalah dan bukti kerapuhan pimpinan UMNO! Baru hal zina, belum masuk lagi bab rasuah, sistem pendidikan korup, mat rempit dan lain2!

takutlah pada Allah…. Adakah UMNO bersungguh2 melakukan semua perkara ni atau sekadar melepas batuk di tangga? Adakah kerja mereka hanya memberi gambaran kpd msyrkt yg mereka ni konon lakukan semua tu tapi hanya sekadar gimik politik? Yg lebih utama bg mereka adalah memuaskan hawa nafsu? Nauzubillah..
Cara berbeza takpe, tapi tujuan mesti sama iaitu kpd Allah dan jgn melanggar syariatNya.

dalam pada tu, kenapa UMNO tak tukar dasar kebangsaan kpd dasar Islam? kenapa anda wahai penyokong2 UMNO dlm ni tidak membincangkannya? bincangkanlah! inilah yg utama sekali utk dibincangkan. jgnlah ragu2 dgn dasar Islam.

(Tiada komen balas daripada mereka selepas itu)

Wallahu’alam…

Thursday, October 15, 2009

Dialog Dengan Penyokong UMNO (Isu Kafir Baca Quran)



UMNO dengan kejahilannya ataupun keingkarannya mendengar serta menerima kebenaran telah menyekat rakyat daripada mengetahui banyak perkara sebenar.

Pandangan dan pemikiran rakyat terutama bagi penyokong fanatik mereka menjadi terkongkong di bawah telunjuk UMNO. Mereka lebih selesa dan puas dengan kehidupan yang mereka alami sekarang walaupun jelas jenayah, kemaksiatan, dan budaya2 bodoh lagi pelik seperti hedonisme yang merosakkan bermaharajalela dalam masyarakat.

Pemikiran dan kedegilan penyokong UMNO ini amat pelik dan mendukacitakan. Walaubagaimanapun, aku berdoa agar mereka berubah hati untuk duduk di bawah panji2 kebenaran yang dibawa parti PAS yang lebih baik dari UMNO, insyaAllah. Di bawah ini adalah dialog yang telah aku lakukan dengan seorang penyokong UMNO berkenaan isu pembacaan al-Quran oleh orang kafir..

Penyokong UMNO: org cina dan hindu mempergunakan ayat2 suci Al-Quran untuk kepentingan politik,bknnya kepentingan islam itu sendiri.wajarkah kita sokong? sebutan dan tajwidnya tidak betul dan sudah pasti niatnya sudah lari.

PAS takutkan DAP.. jika ulama membacakan Al quran untuk kita pasti kita akan dengar tp jika cina kafir membacakan al quran untuk orang islam mahukah kita terima? hanya orang yg sesat sahaja mahu menerimanya.sebab itu di katakan bahawa pas ialah PARTI AJARAN SESAT.




Aku: Ya, kita perlu sokong kerana apa yang dikatakannya adalah kebenaran. al-Quran bukan diturunkan untuk orang Islam sahaja, ia diturunkan untuk semua manusia.. buktinya, ada ayat ya ayyuhal lazina amanu yg bermaksud: wahai org2 yg beriman, dan ada ayat ya ayyuhal an-nas yang bermaksud: hai sekalian manusia. Jadi, ia memang wajar dibacakan dan diajarkan kepada semua manusia tak kira beriman atau tidak. Jika yg tak beriman itu mula membaca Quran, maka ini satu petanda baik. Adakah anda tidak melihat betapa bagusnya perkara sebegini??


Orang yg menerima pembacaan ayat2 suci ini walaupun daripada mulut kafir telah melakukan sesuatu yg benar… org yg tak menerimanya mungkin disebabkan jahil. Janganlah berkata-kata tanpa ilmu sehingga menyesatkan org lain… takutlah kpd Allah wahai saudara…

Kata Saidina Ali, terimalah kebenaran itu walaupun dari seorang budak kecil. Malah, seorang kafir akan dipertahankan haqnya jika ia terbukti berkata benar bahawa dia dizalimi oleh seorang Muslim. Islam bukanlah satu passport untuk mempertahankan dan membela Muslim dalam semua keadaan. Islam mengajar kita membela kebenaran dan berlaku adil walaupun pada golongan yang kita benci. Berlaku adil itu lebih dekat pada taqwa.

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(5:8)


Taqwa lah yang kita kejar.. Sebab ketaqwaan mendatangkan keredhaan Allah dan ketinggian darjat di sisiNya. Dalam hal ni, walaupun dia kafir, dia telah mengatakan kebenaran, maka jadi tanggungjawab orang beriman untuk berpegang pada kebenaran.


Berkaitan dengan niatnya sama ada lari atau tidak, ada sebuah hadith riwayat Usamah bin Zaid ra., ia berkata:-

Rasulullah saw. mengirim kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah di pagi hari. Lalu aku menjumpai seorang kafir. Dia mengucapkan: Laa ilaaha illallah, tetapi aku tetap menikamnya. Ternyata kejadian itu membekas dalam jiwaku, maka aku menuturkannya kepada Nabi saw. Rasulullah saw. bertanya: Apakah ia mengucapkan: Laa ilaaha illallah dan engkau tetap membunuhnya? Aku menjawab: Wahai Rasulullah, ia mengucapkan itu hanya karena takut pedang. Rasulullah saw. bersabda: Apakah engkau sudah membelah dadanya sehingga engkau tahu apakah hatinya berucap demikian atau tidak? Beliau terus mengulangi perkataan itu kepadaku, hingga aku berkhayal kalau saja aku baru masuk Islam pada hari itu. Saad berkata: Demi Allah, aku tidak membunuh seorang muslim, hingga dibunuh Dzul Buthain, Usamah. Seseorang berkata: Bukankah Allah telah berfirman: Dan perangilah mereka, agar tidak ada fitnah dan agar agama itu semata-mata untuk Allah. Saad berkata: Kami telah berperang, agar tidak ada fitnah. Sedangkan engkau dan pengikut-pengikutmu ingin berperang, agar timbul fitnah. (Shahih Muslim No.140)



Melalui hadith ini, dapat diketahui bahawa Rasulullah memarahi sahabatnya yang membunuh seseorang yang telah mengucapkan kalimah syahadah walaupun sahabat tersebut beralasan bahwa orang yang dibunuh tersebut mengucapkan kalimah syahadah hanya kerana takut dibunuh (seharusnya orang tersebut tidak dibunuh setelah mengucap dua kalimah syahadah).


Rasulullah memarahi sahabat tersebut kerana bukanlah kerja seorang manusia untuk menyelidiki niat seseorang. Kita hanya menghukum yang zahir, secara batin atau secara dalamannya tak perlu kita selidiki. Itu terserah kepada Allah SWT. Begitu juga dalam hal pembacaan al-Quran ini, tak perlu diselidiki niat orang. Jangkaan dan prasangka kita berkemungkinan salah sama sekali.

Sebutan dan tajwid memang penting, tapi yg lebih penting dari itu, dia membawakan kebenaran, dia membawa ayat2 Allah. Adalah menjadi tangungjawab kita membenarkan apa yang dibawanya,, mana ada orang boleh menolak ayat2 Allah dengan alasan orang kafir yg bawa.

PAS berdasarkan pengamatan aku tak takutkan DAP. Muslim tidak perlu takut pada sesiapa kecuali Allah SWT. Cuma kita perlu bertindak bijak. Jika PAS melakukan sesuatu, ia pasti setelah melalui perbincangan rapi kerana ini juga ajaran Islam. Kita tak buat secara semberono. Sebab itu, kadangkala kelihatan PAS belum melaksanakan hukum Islam yang diperkatakannya kerana dalam Islam ada prinsip pengajaran yang beransur-ansur. Allah juga mengajar mengharamkan arak secara beransur-ansur. Setelah kali ketiga ayat berkaitan arak diturunkan, barulah ia diharamkan. Begitu juga dengan cara Islam menghapuskan sistem perhambaan. Prinsip begini perlu diingati, ia mudah. Kanak2 yg belajar di sekolah pun belajar dari perkara2 mudah kepada perkara yg lebih sukar mengikut tahap pemikiran mereka. Dalam pendidikan, ia dikenali sebagai prinsip ‘ansur maju’.


Ingatlah, apa yang dibacanya adalah ayat2 Allah, yakni ayat2 yang jelas kebenarannya..Terimalah kebenaran… jangan mengikut emosi, nanti mati. Ikut iman, kebenaran dan ketaqwaan.

Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa.
(2:41)

Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.
(2:147)



Kawan anda pula diharapkan tidak melakukan sebarang provokasi. (sebelum ini ada rakannya yang menuduh PAS melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka)..Jgn melakukan tuduhan sebarangan kpd PAS tanpa ilmu yg jelas. PAS bukannya melakukan semua perkara sesuka hati, segala tindakan yg PAS mahu lakukan pastinya telah dibincangkan dan dipetimbangkan agar tidak melanggar hukum syarak kecuali dalam hal darurat. Begitulah yg Islam ajar. Kita juga tidak boleh melangar hukum syarak kecuali atas sebab2 tertentu. Wallahu’alam…

Wednesday, October 14, 2009

Falsafah Kematian


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ayat yang ke-185 dari surah Ali-Imran ini mencatatkan suatu pesanan dan wasiat yang agung daripada Allah SWT. Ayat (bukan perkataan ‘mati’): ‘Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati’ itu aku temui sekurang-kurangnya pada tiga (3) tempat dalam al-Quran. Ini adalah satu pentarbiyahan dari Allah agar kita selalu mengingat kematian.

HADITH AKTIF

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam memegang bahuku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petangnya, manfaatkanlah masa sihat sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)


Hadith ini meminta kita memanfaatkan masa dan beramal bersungguh-sungguh sebelum mati. Jadi, aku cuba memandang mati dari sudut yang positif. Apabila kita ingat bahawa kematian kita sudah dekat, bukan bermakna kita menjadi orang monyok mahupun orang yang nyanyuk. Orang2 sebegini menjadi begitu mungkin kerana memandang dari perspektif yang kurang tepat atau mereka terlalu cintakan dunia dan takut mati… owh! Mereka dijangkiti penyakit wahan..! Jangan begitu wahai teman… mengingat kematian seharusnya menjadikan kita seorang yang aktif untuk terus menambah amal soleh dan meraih redhaNya..

SUFI

Orang yang menyintai Allah dengan sebenar2nya pasti tidak kisah dengan kematian malah mereka merinduinya kerana mereka mahu berjumpa Tuhan yang dianggap sebagai Kekasih.. ada sebuah puisi yang berbunyi begini:-

Setiap orang takut akan kematian,
Namun orang Sufi sebenar hanya tertawa,
Tiada apa yang menguasai hati-hati mereka,
Apa yang memecahkan cengkeram tiram,
Tidak menjejaskan mutiaranya...

SYUHADA'

Apa pendapatmu tentang kesyahidan Hamzah Asadullah, Ali Karamallahu Wajhah, Abd Aziz al-Rantissi dll? Panglima perang yang hebat iaitu Khalid al-Walid sendiri dikatakan mati dalam kekecewaan kerana tidak mendapat syahid. Lihatlah kecintaan mereka pada darjat syuhada’. Mereka menyintainya! Mereka cintakan syahid! Mereka cintakan kematian! Yakni kematian di jalan Allah SWT..

TRANSIT KEMATIAN

Adakah kita masyarakat Melayu perlu takut kepada mati dan memandang mati sebagai penghujung perjalanan lalu menjadi monyok dan tidak keruan? mati bukanlah penghujung sebuah perjalanan tetapi ia adalah transit kita ke alam lain. kita semua ni musafir dari alam roh lagi, kemudian ke alam janin ibu, kemudian ke dunia (dunia ni lah medan ujian), kemudian berpindah ke alam barzakh, dan terakhir sekali kita akan berpindah ke alam akhirat untuk dihisab dan diberi balasan. Kalau performace kita bagus kat dunia, insyaAllah, Allah akan kurniakan kita akan rahmatNya yang melimpah-ruah..Balasan yang dikurnia berganda lagi banyak berbanding amal kita yang tak seberapa! Jadi, kenapa takut mati..?

SENTIASA MEMBAIKI DIRI

seperti ayat al-Quran di atas, semua yang bernyawa pasti akan mati (kecuali Dzat Allah Yang Maha Kekal).. masa dan keadaan je berbeza, samada husnul khatimah ataupun su'ul khatimah.. ni yang perlu ditakutkan/dirisaukan iaitu samada kita mati dalam keadaan yang baik dan mendapat layanan yang baik selepas kematian itu atau sebaliknya.. kalau nak dapat husnul khatimah tu, kenalah biasakan diri untuk meninggalkan larangan2 Allah, mengikuti suruhan2Nya, dan sentiasa membersihkan hati dari perkara2 tercela... amalan hati(batin) ni sangat penting. sama2lah buangkan perasaan yg tidak elok seperti bersangka-buruk kepada org lain, hasad dengki, tamak, riyak dan sebagainya. hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah..

KESIMPULAN


Ringkasnya, ni semua soal perspektif..soal cara kita memandang sesuatu.. mengingati mati adalah memotivasi diri. bila ingat mati je, ingatkanlah diri untuk terus aktif beramal. Ini kerana mati boleh datang dengan tiba2, pada kita orang2 biasa…

Tuesday, October 13, 2009

Kerinduan Pada Fitrah & Tanggungjawab Seorang Pendidik




Hari ini, saya dan tiga orang rakan yang lain telah melaksanakan sesi pengajaran makro (macroteaching) di sebuah sekolah di Putrajaya. Bertolak pada pukul 7.15 pagi, kami tiba di sekolah kira-kira setengah jam berikutnya dengan perasaan gembira kerana terubat rasa rindu kepada anak-anak murid yang pernah kami didik sebelum ini.


Setelah meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta, kami berempat menuju ke pejabat untuk berjumpa dengan Penolong Kanan I yang mengurus dan mentadbir sekolah apabila ketiadaan Guru Besar. Pada mulanya, beliau meminta kami untuk menukar kelas daripada 4 Kreatif kepada salah satu kelas murid tahun lima, namun setelah berbincang beberapa ketika beliau membenarkan kami untuk mengikuti rancangan asal. Lega rasanya apabila dibenarkan berjumpa dan berurusan dengan anak-anak murid yang dikasihi.


4 Kreatif yang ceria itu sememangnya sedang menunggu ketibaan kami. Dengan nama Allah, kami memasuki kelas yang ketika itu sedang diajar oleh guru kelas, Cik Haliza (bukan nama sebenar) yang dahulunya merupakan guru pembimbing kami. Jelas kelas ini begitu signifikan dan menyimpan seribu satu makna yang unik dan berbeza bagi kami berbanding kelas lain. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kelas-kelas lain tidak kami ambil peduli. Kami disambut dengan perhatian yang sepenuhnya oleh wajah-wajah comel yang masih dalam keadaan fitrah. Alangkah ruginya jika kanak-kanak secomel mereka tidak mendapat didikan yang sempurna daripada masyarakat sekeliling terutama ibu bapa dan guru.


Sebagai Muslim yang bergiat dalam bidang pendidikan, kami sedar tanggungjawab untuk mencorak masa depan umat ini bergantung hampir sepenuhnya kepada kami. Berat, cukup berat. Ia memerlukan kesabaran, kebijaksanaan mengadaptasi, kebijaksanaan menarik minat murid-murid dan kemahiran psikologi yang tinggi. Mengajar kanak-kanak tidak semudah mengajar orang dewasa. Jika orang dewasa, kesukarannya hanyalah pada tahap intelektualnya yang lebih tinggi, yang memerlukan kita mempunyai ilmu yang lebih mantap untuk berinteraksi dengan meyakinkan. Namun, tidak semudah itu untuk mendidik kanak-kanak jika kita benar-benar meyakini tanggungjawab yang terbeban di bahu sebegitu besar. Hakikatnya, kedua-dua keadaan adalah subjektif. Yang mana sukar dan yang mana tidak bukanlah sesuatu yang terlalu penting untuk diperdebatkan. Yang lebih penting ialah kita sebagai pemegang amanah, dapat menunaikan amanah dan tanggugjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. Amanah yang dijalankan itu pula hendaklah dipastikan agar tidak melanggar syariat Allah dan dilakukan ikhlas keranaNya. Barulah amanah tersebut dikira sebagai ibadah jika pada asalnya kita adalah Muslim yang beraqidah sahih.


Terlintas pula di fikiran mengenai kata-kata HujjatulIslam Imam al-Ghazali, beliau pernah menyebut bahawa benda/barang yang paling berat di dunia ini adalah amanah. Ini kerana segala amanah yang kita tanggung akan dipersoalkan dan diberi balasan oleh Allah di Hari Pembalasan (Akhirat). Jika baik yang kita lakukan, baiklah balasannya. Jika buruk yang dilakukan, nantikanlah ketentuan Yang Maha Esa!


Untuk itulah, kami cuba untuk membuat dan mendokumenkan secara rasmi sebuah amali pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dalam usaha menyuntik dan menyebarkan idea-idea baru dalam bidang pendidikan. Semoga semua usaha dan penat-lelah yang kami taburkan di jalan dakwah dan tarbiyyah kanak-kanak ini menjadi amalan soleh yang diterima Allah SWT dan ‘saham’nya semakin bertambah dari semasa ke semasa, insyaAllah. Di bawah ini adalah bait-bait indah yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Alarm-Me, yang mana kami gunakan lagu mereka sebagai penutup persembahan dan tanda perpisahan dengan kanak-kanak comel yang menjadi aset penting kepada umat ini.


Indahnya alam ciptaan Tuhan,
Alangkah damainya ditepian pantai
Disitu terserlah kebesaran-Mu
Ya Allah bagi mereka yang cinta pada-Mu

Indahnya langit tidak bertiang
Lautan luas terbentang
Fajar dan senja silih berganti
Semuanya tunduk dan patuh pada-Mu

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

(Ulang 2 kali)

Alangkah besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Besarnya nikmat-Mu pada hamba di sini
Betapa hebatnya kasih-Mu
Inilah pujian kami pada-Mu
Subhanallah

Indahnya bintang begemerlapan,
Meriahkan malam yang kesunyian
Mergastua warnai alam maya
Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Kau Maha Besar
Ya.. Allah...

Monday, October 12, 2009

Tanggungjawab Isa Dan Pimpinan BN Mengubati Kes Zina


Tanggungjawab Isa dan Pimpinan BN Mengubati Kes Zina

Pertama sekali tahniah kepada Isa Samad kerana memenangi pilihanraya kecil dengan majoriti besar. Semakin besar jawatan dan pangkat, semakin besar jugalah tanggungjawabnya.

Satu isu yang sejak dahulu wujud ialah kes zina. Ini adalah satu kes yang merosakkan keturunan, mencemar maruah dan memporak-perandakan rumah-tangga.

Kerana itulah Islam bertegas melarang perbuatan ini sehingga sesiapa yang melakukannya dikenakan hukuman Hudud. Apapun, jangan pula Hudud disalah tafsir. Ia tidaklah terlalu kejam. Hudud tidak sekejam sebatan sivil sepertimana yang difahami sebilangan masyarakat.

Kali ini, kita bukannya ingin membincangkan tentang Hudud, tetapi berkenaan dengan cara yang patut dilakukan oleh pemimpin BN untuk mengelakkan zina daripada berleluasa. Mereka sebagai penguasa mempunyai tanggungjawab besar untuk melakukannya. Ingat, tanggunggjawab ini adalah amanah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Perkara ini juga patut menjadi usul yang dibawa oleh Isa Samad ke parlimen jika beliau benar2 ikhlas untuk berjuang menegakkan keamanan dan membela rakyat daripada jurang kerosakan dunia akhirat..

Kenapa zina banyak berlaku? Ini kerana:-

1. Pemimpin BN (dikhususkan kepada UMNO) tidak bersungguh-sunguh mengajar kaum keluarga dan rakyat menjaga pandangan dan menutup aurat dengan betul.. yang tak pakai tudung satu cerita, yang pakai tudung pun kadang2 tak betul lagi, dengan tudung nipis, tudung tidak betul2 menutupi dada, pakaian ketat.. ini semua tidak dibolehkan dalam Islam. BN sebagai pemimpin bukan sekadar perlu memajukan Negara dari segi pembangunan material tetapi juga dari segi pengamalan Islam! Jadi, ambil langkah drastik menguatkuasakan penganut Islam agar menjaga pandangan dari memandang yang haram (perkara yg membangkitkan syahwat seperti benda lucah atau saling memandang antara lelaki dan permpuan) dan menutup aurat dengan betul.

2. BN juga kurang membuat pendedahan tentang bahaya dan keburukan zina sedangkan ia jelas dilarang agama Islam dan aqal manusia yang waras. Aii, kempen kat Manik Urai boleh dihabiskan sampai berbelas-belas juta semata-mata untuk menang. Belum kira Bagan Pinang dan tempat2 lain lagi. Semata-mata nak dapat sebutir pingat emas Olimpik pun berhabis sampai 15 juta apa kes? Takkan kempen untuk mengelakkan manusia dari tercampak ke neraka dipandang enteng pulak? Buatlah kempen besar-besaran. Buat usaha dakwah dan penterbiyahan kepada rakyat. Inilah pemimpin yang sebenar selain berusaha dalam pembangunan material.

3. BN kurang menjaga dan membatasi pegaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Sebagai pemimpin ini perlu diberi peringatan berulang-kali dan dikuatkuasakan di semua tempat seperti pejabat2 kerajaan, swasta, agensi awam dan lain2. Opss, jaga2 dgn mereka yang konon kerja overtime. Tempat yg tiada cctv mungkin menjadi sasaran. Mereka lupa bahawa ada cctv ghaib… malaikat Qiraman Qatibin ada untuk mencatat semua yang mereka lakukan…



4. Selain tu, BN tak halang konsert2 hiburan yg melampaui syariat. Ni pun problem, malah konsert2 sebegini semakin diberikan permit pula. Takutlah pada Allah, perkara sebegini pun perlu untuk diambil perhatian. Berat jawatan sebagai pemimpin ni, kalau tak larat elokla berundur diri, bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat.


5. Tak mengenakan piawaian yang ketat kepada media,ada filem2 merosakkan dari Barat, ada web2 porno, ada media prima seperti TV3 yang memaparkan cara hidup Barat yang menari tekinja-kinja seperti cheerleader, berpakaian tak senonoh dan bergaul bebas. Media cetak pun satu hal! Ada manggalah, mempelamlah… cerita artis yg korang hebohkan?! Dgn pakaian tak senonohnya, pegang lelaki/perempuan yang bukan mahram! Yg menyedihkan dalam akhbar perdana macam Mingguan Malaysia pun ada gak benda2 pelik camtu… nama cam best, Pancaindera tapi isinya kering-kontang dari menjadi air penawar kepada penyakit hati dan kesongsangan pemikiran rakyat! BN sebagai pemerintah dan pemimpin negara kena lakukan sesuatu untuk menyekat semua ni, atau anda akan ditanya dengan hisab yang lama di akhirat!.. cegah sebelum parah, minta maaf sebelum berlalu pergi,… taubat sebelum mati!

6. Tak menyediakan prosedur ketat pada penyewaan hotel. Ni satu lagi masalah. Lain kali BN yakni UMNO yang mengaku Muslim perlu memastikan bahawa setiap hotel hanya memberikan keizinan kepada suami isteri ataupun keluarga untuk menginap di hotel. Kalau ada couple, minta kad nikah dulu! BN kena pastikan semua hotel buat camni. Susah sangat ke? Tu la namanya tanggungjawab, sebab tu semua makhluk lain taknak pikul tanggungjawab sbg khalifah Allah. Kita je, anak Adam yang berani sangat nak pikul. Kalau ada ilmu, bersifat amanah dan berkemampuan takpe,.. kalau jahil tapi beria nak memimpin, kan punah-ranah jadinya.

7. Tak menerangkan kpd masyarakat terutama ibu bapa agar memudahkan prosedur perkahwinan yg menjadi fitrah manusia. Perkahwinan ni fitrah manusia, perkahwinan juga satu ibadah. Dah banyak kes berlaku di mana anak2 awal 20an yang masih belajar meminta keizinan ibu bapa untuk bernikah namun dihalang dengan alasan masih belajar. Akhirnya, mereka terperangkap dalam kancah zina! Bukankah ini merupakan satu kesan kesalahan keputusan yang dibuat ibu bapa.? Tak perlulah risau kalau2 anak2 tu akan miskin jika berkahwin sedangkan Allah menjanjikan rezeki untuk mereka. (nak dalil2 tantang artikel ni ada banyak kat surah an-Nur, al-Ahzab dll termasuklah jaminan Allah akan memberi rezeki kpd mereka, syaratnya niat berkahwin adalah benar untuk menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat). BN kena pastikan mind-set ibu bapa begini diubah untuk mengelak kemungkaran. Adakah BN sudah melakukannya dengan besungguh-sungguh? Muhasabahlah dan ambil tindakan secepat mungkin.tak lama lagi kita semua akan mati...kejap je lagi, kiamat pun dah dekat kata Nabi..

Kepada Isa Samad, selamat berjuang.. semoga kau ikhlas untuk menggalas tanggungjwb kerana Allah dan bukan kerana harta, wanita, pangkat, pengaruh dan lain2…wallahu’alam…

Sunday, October 11, 2009

Isa Samad Menang?


Alif Laam Miim. الم 1

Telah dikalahkan bangsa Rumawi, غُلِبَتِ الرُّومُ 2

di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang,
فِي أَدْنَى الأرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ 3

dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman,
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ 4


kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.
بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيم. 5


(sebagai) janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janj-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
وَعْدَ اللَّهِ لا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ 6




Wahai UMNO... memberi rasuah adalah haram, menerima rasuah juga adalah haram,,, kenapa masih memilih pemimpin sebegini? aku bersangka baik bahawa Isa Samad dah pun bertaubat. semoga dia mampu mengubah UMNO walaupun hakikatnya agak sukar, namun tiada yg sukar jika Isa benar2 mahu dan melakukan pekerjaannya ikhlas kerana Allah..


Takutlah pada Allah, jgn lalai lagi dengan fitnah harta, pangkat, kedudukan, wanita, dan segala kemegahan serta tipuan dunia yang lain..



Dan pada hari terjadinya kiamat, orang-orang yang berdosa terdiam berputus asa.
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ 12

Dan sekali-kali tidak ada pemberi syafa'at bagi mereka dari berhala-berhala mereka dan adalah mereka mengingkari berhala mereka itu.
وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ مِنْ شُرَكَائِهِمْ شُفَعَاءُ وَكَانُوا بِشُرَكَائِهِمْ كَافِرِينَ 13



Berhala yang disebut dalam Quran bukan sekadar patung2. Sebahagian Mufassirin menyatakan bahawa wang, harta dan apa saja apabila terlalu dikejar-dikejar dan dipuja adalah seumpama berhala yang disembah. Jangan sesekali melebihkan harta atau perkara2 lain dengan Allah. Perbuatan tersebut seolah-olah mengadakan sekutu bagi Allah. Ingat wahai saudaraku, wang rasuah sesekali tidak dapat diberikan kepada Malaikat Zabaniyyah sebagai pelepasan dari api neraka...


Dan pada hari terjadinya kiamat, di hari itu mereka (manusia) bergolong-golongan. وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ 14


Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka mereka di dalam taman (syurga) bergembira.
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ 15

Carilah Cinta Allah, Itulah Cinta Yang Abadi...


Apa diharap padi di seberang, entahkan masak entahkan tidak,

Apa diharap kasihnya orang, entahkan sayang entahkan tidak..




~bukan tak boleh cari cinta manusia, tapi cinta Allah itu lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat...

carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya...

pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri..

Rasulullah SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."

Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita.


Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".

(Hadth Sahih Riwayat Muslim)




Friday, October 9, 2009

Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO



Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO


Umno nak bersatu dgn PAS? aku sokong... aku rasa PAS pun sokong...

tp ada satu syarat...

pastikan UMNO ubah dasar kebangsaan kepada dasar Islam yakni meletakkan al-Quran dan al-Hadith sebagai Perlembagaan kemudian amalkannya...

ikut je syarat ni, bolehla bergabung...

jgn takut...Islam tu adil utk semua.. org bukan Islam tak kan memberontak jika kita yang bersatu ni ikut ajaran Islam dan prinsip2 Islam..

contoh: dalam menyampaikan undang2 Islam, ada prinsip tadarruj ataupun beransur2 sepertimana pengharaman arak juga beransur-ansur.. Allah ajar kita konsep ni secara tak langsung.Dia haramkan arak secara beransur-ansur., jadi, kita juga akan buat Hudud dan lain2 tp pastikan ada unsur beransur-ansur ini...kalau tak, fitrah manusia biasa akan terkejut..

ala...mcm apa yg Umar Abd Aziz buatla,... kalau kita ikut Islam, semua settle.. dunia ok, akhirat pun ok.. percayalah cakap aku, jom kita juangkan Islam, bukan sekadar juangkan Melayu, kita pasti jadi cemerlang, gemilang dan terbilang... jadi satu umat yang hebat, bukan sekadar 1 Malaysia, tp satu dunia,,apa pun, yang kita juangkan tu mesti ISLAM SEBENAR, bukan Islam Hadhari, bukan Islam yg dibawa SIS (yang sesat tu, moga mendapat hidayah) bukan Islam Syiah, dan bukan Islam yang lain yang telah disalahtafsirkan oleh gerakan2 Islam seperti Jemaah Tabligh dan Hizbut Tahrir (walaubagaimanapun, gerakan2 Islam ni masih ada kebaikannya). mereka ini, malah kita semua wajib pelajari, amal dan sebarkan ISLAM SEBENAR semampu kita.. tu la syaratnya untuk berjaya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...